Sunday, 24 June 2012
Islah Setiap Hari
Dah masuk bulan Syaaban dan bakal menempuh ramadhan tak lama lagi. Kita pegang 10 Muwasofat Tarbiyyah untuk sentiasa kita memperbaiki diri .
10 muwasofat tarbiyyah:
1) Qawiyul Jismi ( Kuat Tubuh Badan)
2) Salimul Aqidah ( Aqidah yang sejahtera)
3) Matinul Khuluk ( Akhlak yang mantap)
4) Qadiran Alaa Qasbi ( Mampu berdikari)
5) Mutsaqqatal Fikri ( Berpengetahuan luas)
6) Mujahadah Alaa Nafsi ( Melawan Hawa Nafsu)
7) Munazzamun Fii Syuunihi ( Tersusun dalam Urusan)
8) Sahihul Ibadah ( Ibadah yang betul)
9) Haarithun alaa waktihi ( menjaga waktu)
10) Nafi'un Lighairihi ( Berguna untuk Orang Lain)
Saturday, 9 June 2012
Kita Perlu Buat Sesuatu Guys
Hari adalah lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Mari sama-sama bantu masyarakat kita yang hampir-hampir tenggelam. Kaca mata ini melihat masyarakat pada hari dan zaman ini memang hebat namun sayang ada sesuatu virus yang merosakkan masyarakat tanpa kita sedar atau kita sedar tapi kita melihat tanpa sebarang tindak balas.
Penzinaan, buang anak , dan macam-macam lagi yang diluar jangkaan. Kalau sebelum ini, kita membaca pada dada akhbar tentang bayi di buang dalam tong sampah, dalam sungai tetapi dewasa ini membawakan isu dan pemikiran generasi sekarang yang tega untuk blender anak hasil perbuatan zina dan pelbagai cara lain yang sungguh di luar perikemanusiaan.
Rasulullah bersabda:
" Umatku sentiasa dalam kebaikan selagi anak hasil zina menyebar di tengah mereka. Jika anak hasil zina menyebar di tengah mereka lalu mereka ragu, maka Allah melingkupi mereka dengan seksa"
( Diriwayatkan Ahmad)
Mari kita menghulurkan tangan dan berganding bahu untuk membantu masyarakat. Mereka memerlukan kita. Kalau baru hendak bermula jangan risau dan sedih sekiranya kerja kita tidak dapat berjalan dengan baik. Ingat Allah melihat usaha hambaNya :-)
Kita umat Islam mesti selamatkan nilai Islam atas bumi ini meskipun dari sekecil-kecil aspek. Sesungguhnya Islam memelihara umatnya daripada perbuatan sumbang dan keburukan yang berlaku seperti sabda Nabi SAW:
"Jika muncul zina dan riba di sebuah negeri, bererti mereka telah menghalalkan seksa Allah bagi diri mereka"
( Diriwayatkan al-Hakim)
Ayuh teman kita mulakan langkah hari ini. Islam adalah cara dan jalan kehidupan manusia yang sebenar-benarnya.
Tuesday, 5 June 2012
Setiap hari adalah untuk belajar...
Dari kecil sampai besar hidup penuh dengan pelajaran dan pembelajaran. Tapi sayang kerana kadangkala untuk satu ketika kita lupa dan alpa tujuan dan fungsi kita untuk mengaplikasikan segala yang kita dah belajar. Saat ini mungkin kita akan rasa mudah untuk putus asa kerana rasa kekurangan sesuatu. Sayang sekali kerana kita lupa saat ini bahawa tuhan bersama kita.
Manusia menjadi hebat , menjadi manusia yang kuat pada hari ini kerana Allah ada bersama dengan kita setiap masa. Rasakan perasaan ini supaya kita tak mudah mengalah apabila cabaran dan ujian itu datang dalam hidup kita. Jangan sekali-kali merasa kita rasa akan jatuh dan berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa untuk hambaNya.
Tiada manusia yang sempurna dalam dunia kita yang sementara ini. Justeru, janganlah merasa bahawa diri kita tidak layak untuk mendapat rahmatNya apabila kita tersilap langkah kerana ujian sentiasa melalui dalam putaran paksi kehidupan kita. Dan melalui ujian inilah kita membersihkan diri kita kembali dari segala khilaf dan dosa serta segera kembali padaNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)