Saturday, 14 April 2012

Bahagia dari hati...

Ada orang yang tersenyum, ada orang yang ketawa...emm..itu petanda ada bahagiakah?? Tanyalah pada hati ...kerana hati tak dapat membohongi kita. Sometimes rasa kosong...watch out mungkin akan ada yang ambil kesempatan terhadap kekosongan itu...don't let da devils to be our frenz ..k. Reflek balik mungkin ada something wrong yg kita buat dalam kita berjalan-jalan kat bumi Allah ni. Dah try bermuhasabah tapi rasa susah?..maybe frenz boleh try untuk berbicara dengan our best frenz...Quran :-) Susah jugak?...try bawa hati dalam solat.. ( Khusyuk...)...then rasa tak boleh juga?...Ask pada Allah agar ditukar pada hati yang baru...kerana seperti ungkapan Imam Ghazali ...


“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”.


Ada orang rasa bab hati ni tak penting...( Dont let this mind setting in ur mind) sebab segalanya bermula dari hati...dalam satu hadis ada mengatakan dengan sangat jelas dan sahih: iaitu hadis 4o Imam Nawawi, mafhumnya...



Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     



Jom..bersihkan hati  kita dengan sabar dan istiqamah ( Insya-Allah :-D)

Friday, 30 March 2012

Listen when u ask!

Allah gives everything that His creation want even we did not realized about it. We  always ask to Him but have we muhasabah what He has rewarded us!!! Actually, most of us even me like to mutter especially in difficult time. Allah shows us in every seconds, every minutes that He loves us. Unfortunately, the problems come from us as His creation because we do not want to listen to HIM.



And we must remember when we did not get what we want, maybe that time Allah wants to give us a better award. Allah knows what the best for us. Don't think too much but do the best in what we are doing today.


Like Allah mention in Surah Al-Baqarah 2:216...



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216) | 

So, let us run to Allah to feel His Rahmat for all His creation. Don't think that u are late because His love never die...

  

Sunday, 18 March 2012

Apa Erti Istiqamah Sebenarnya?

Dari dulu, Sakinah fikir bahawa istiqamah adalah melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Dengan keyakinannya yang tinggi dia ingin menjadi seorang yang istiqamah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Tapi, selepas menghadiri dalam satu sesi diskusi baru dia sedar bahawa pemahamannya terhadap nilai istiqamah itu tidak tepat. Istiqamah itu bukan sahaja melakukan sesuatu secara berterusan tetapi dalam masa yang sama juga memerlukan peningkatan kualiti setiap hari bukan buat sesuatu berterusan tapi mendatar sahaja tak ada peningkatan kualiti.


Rupanya, dalam hidup ini makin Sakinah mencari makin Sakinah sedar ada banyak perkara yang dia tak tahu.Kata-kata ustaz di sekolah rendah kembali terngiang-ngiang di telinga Sakinah.Dulu dia tak ambil endah namun kini dia sedar dia harus sedar bahawa meski matanya memandang langit tapi kaki tetap memijak bumi.


"Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kejahilan yang kita akan rasa".Kata-kata itu tersemat dalam mindanya.Sungguh bumi ini luas dan pergunakan sebaiknya untuk mencari ilmu.


Tuesday, 6 March 2012

Jangan Cepat Menghukum Orang




Andai hidup ini dikelilingi orang yang pelbagai cara dan ragam janganlah kita cepat dan melulu dalam membuat penilaian.Cuba tukar hari ini untuk melihat sesuatu keadaan bukan setakat dari pandangan dan perspektif kita sahaja tapi dalam masa yang sama kita cuba untuk melihat dari perspektif yang lain.

Manusia pada hari ini memang mudah menghukum orang lain meskipun tidak mengetahui latar belakang tau keadaan yang berlaku.Mudah sungguh mereka menuding jari pada orang lain.Dan jangan pula mudah untuk kita berprasangka kepada orang lain.Tak elok jika kita terlalu pesimis terhadap orang di sekitar tapi kita sangatlah digalakkan untuk selalu bersangka baik.

Andai kata kita di tempat orang yang kita hukum dan tuding jari itu mesti kita akan berasa sangat sedih dan kecewa.Memang betul setiap orang dalam hidup pasti pernah dan ada melakukan kesilapan.Berikan mereka masa dan mendoakan mereka pada masa yang sama agar dipermudahkan jalan bagi mereka untuk melalui jalan yang lurus, bukanlah terus menuding jari dan menghukum mereka.

Sesungguhnya, kita semua adalah bersaudara, okey.Ubah cara kita memandang sesuatu mulai saat ini.

Saturday, 25 February 2012

Seimbang ke Tidak Pemikiran Kita?


Seimbang ke tidak?

Umur makin menginjak dewasa, makin banyak perkara yang perlu difikirkan.Matlamat sekarang dan pada masa yang panjang.Ada seseorang pernah mengatakan kita perlu mengatur hidup melalui perancangan awal.Pelajaran ,kerjaya, pasangan, kehidupan kita semuanya elemen penting.

Dan semua itu harus dititikberatkan kerana individu itu akan bersedia lebih awal.Jadilah seseorang yang mampu bermanfaat pada diri, keluarga , masyarakat dan yang paling penting adalah agama kita, agama Islam.Ingat tu...
Tak perlu jadi orang yang terkenal untuk berbakti tapi buatlah sesuatu meskipun dalam sekecil-kecil aspek.


Janganlah asyik fikir satu aspek sahaja dalam kehidupan.Contohnya, seseorang individu itu nak belajar saja tapi perancangan dalam aspek lain tiada.Kawan-kawan tak boleh berfikir macam itu.Ataupun fikir pasal pemilihan pasangan dalam hidup tapi aspek lain tak fikir pula.Ini pun tak betul juga.Yang penting di sini ialah keseimbangan untuk merealisasikan kehidupan yang bermakna.

Terujalah untuk menikmati kehidupan setiap hari kerana sesungguhnya dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang.Kerana waktu kita sihat dan kadang-kadang ada masa lapang inilah yang kita harus gunakan dengan sebaiknya.Oleh sebab itu, seimbangkan semua elemen kehidupan kita ya...

Kena seimbang tau macam senyuman saya ni...tak senget sebelahkan!

Thursday, 23 February 2012

Sayang vs Cita-Cita



Perjalanan kita masih panjang...

Dalam dunia ni, semua orang berkejar ke sana ke mari untuk menyelesaikan urusan sehari-hari.Dan dalam masa yang sama ada juga orang yang sibuk mengejar cita-cita mereka.

Memang kita tahu dalam perjalanan impian itu, pasti ada ujian yang mendatang.Tapi siapa dapat sangka mungkin dalam perjalanan yang panjang itu kita kena tinggalkan dan lepaskan sesuatu yang kita sayang untuk teruskan cita-cita kita.

Percayalah, untuk berjaya, memang kita perlu berkorban meskipun menuntut pengorbanan hati, perasaan dan macam-macam lagi.Itu memang sesuatu yang sukar tapi ingat apabila kita buat satu langkah ke depan jangan sekali-kali kita menoleh ke belakang lagi.Yang berlalu adalah satu masa yang mustahil untuk kembali tetapi realiti adalah apa yang terbentang di hadapan kita sekarang dan akan datang.

Jadi,bersedialah untuk hari esok itu!