Friday 30 March 2012

Listen when u ask!

Allah gives everything that His creation want even we did not realized about it. We  always ask to Him but have we muhasabah what He has rewarded us!!! Actually, most of us even me like to mutter especially in difficult time. Allah shows us in every seconds, every minutes that He loves us. Unfortunately, the problems come from us as His creation because we do not want to listen to HIM.



And we must remember when we did not get what we want, maybe that time Allah wants to give us a better award. Allah knows what the best for us. Don't think too much but do the best in what we are doing today.


Like Allah mention in Surah Al-Baqarah 2:216...



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216) | 

So, let us run to Allah to feel His Rahmat for all His creation. Don't think that u are late because His love never die...

  

Sunday 18 March 2012

Apa Erti Istiqamah Sebenarnya?

Dari dulu, Sakinah fikir bahawa istiqamah adalah melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Dengan keyakinannya yang tinggi dia ingin menjadi seorang yang istiqamah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Tapi, selepas menghadiri dalam satu sesi diskusi baru dia sedar bahawa pemahamannya terhadap nilai istiqamah itu tidak tepat. Istiqamah itu bukan sahaja melakukan sesuatu secara berterusan tetapi dalam masa yang sama juga memerlukan peningkatan kualiti setiap hari bukan buat sesuatu berterusan tapi mendatar sahaja tak ada peningkatan kualiti.


Rupanya, dalam hidup ini makin Sakinah mencari makin Sakinah sedar ada banyak perkara yang dia tak tahu.Kata-kata ustaz di sekolah rendah kembali terngiang-ngiang di telinga Sakinah.Dulu dia tak ambil endah namun kini dia sedar dia harus sedar bahawa meski matanya memandang langit tapi kaki tetap memijak bumi.


"Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kejahilan yang kita akan rasa".Kata-kata itu tersemat dalam mindanya.Sungguh bumi ini luas dan pergunakan sebaiknya untuk mencari ilmu.


Tuesday 6 March 2012

Jangan Cepat Menghukum Orang




Andai hidup ini dikelilingi orang yang pelbagai cara dan ragam janganlah kita cepat dan melulu dalam membuat penilaian.Cuba tukar hari ini untuk melihat sesuatu keadaan bukan setakat dari pandangan dan perspektif kita sahaja tapi dalam masa yang sama kita cuba untuk melihat dari perspektif yang lain.

Manusia pada hari ini memang mudah menghukum orang lain meskipun tidak mengetahui latar belakang tau keadaan yang berlaku.Mudah sungguh mereka menuding jari pada orang lain.Dan jangan pula mudah untuk kita berprasangka kepada orang lain.Tak elok jika kita terlalu pesimis terhadap orang di sekitar tapi kita sangatlah digalakkan untuk selalu bersangka baik.

Andai kata kita di tempat orang yang kita hukum dan tuding jari itu mesti kita akan berasa sangat sedih dan kecewa.Memang betul setiap orang dalam hidup pasti pernah dan ada melakukan kesilapan.Berikan mereka masa dan mendoakan mereka pada masa yang sama agar dipermudahkan jalan bagi mereka untuk melalui jalan yang lurus, bukanlah terus menuding jari dan menghukum mereka.

Sesungguhnya, kita semua adalah bersaudara, okey.Ubah cara kita memandang sesuatu mulai saat ini.