Monday 30 January 2012

Reload my iman and refresh my islam


"I'm not worried about myself because my situations always need me  to do jihad and insya-Allah heaven waiting for me.But, I really worried about you guys because all of you like a muslim on the piece of paper."

Ungkapan ini dibicarakan oleh salah seorang Mujahid di Palestin tentang perasaan dirinya sepanjang hidup berada di bumi Palestin dan pandangan terhadap Muslim di luar sana.Kata-kata beliau memberi satu rasa yang sukar diungkapkan.Tak tahu bagaiman mahu menyatakan tentang kehidupan seorang Muslim yang sewajarnya mengikut landasan agama yang betul.Hal ini kerana, zaman ini seakan-akan yang wujud cuma Islam pada nama.

Kita mesti sedar kehidupan Muslim yang sewajarnya sebab kita adalah seorang Muslim dalam diri bukan pada nama.Carilah agama apa-apa pun dalam dunia ini tapi ingatlah bahawa agama di sisi Allah adalah Islam. Dan tiada yang lebih tinggi dari itu.Tahukah bahawa saat ini negara Palestin yang tinggal cuma di kerajaan Hamas iaitu Gaza.Manakala yang selebihnya sudah dirampas oleh negara Israel.Kira-kira keluasan Gaza adalah sebesar Negeri Sembilan.Tapi apa yang menarik ialah sampai ke hari ini Israel belum mampu untuk menakluki keseluruhan Palestin.

 Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel yang pernah menjadi tawanan di Palestin (sekarang telah dibebaskan), dia mengatakan ada suatu ketika mereka melihat segerombolan askar Palestin dan tentera Israel segera melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka namun apabila habis tembakan dilepaskan mereka mendapati tiada sesiapa di situ.Tambahan lagi, dia mengatakan ada waktu tertentu dia melihat ramai rakyat Palestin dalam kelompok yang besar memakai baju yang putih.Padahal hakikatnya, di Palestin sukar untuk menjumpai orang yang memakai baju putih kerana kebanyakan mereka memakai baju yang sudah lusuh.Sesungguhnya,segala pengetahuan cuma di sisi Allah.


Dan budak-budak di Palestin adalah sangat hebat sebenarnya dari segi peribadi dan akhlak mereka jika dibandingkan dengan budak-budak lain di dunia.Bayangkan apabila mereka di beri satu coklat mereka tidak akan makan sendiri tetapi dia akan memanggil kawan-kawan mereka sambil menunjukkan coklat yang diterima agar mereka dapat makan bersama walaupun pada kadar yang sangat sedikit.Selain itu,mereka turut menghafal Al-Quran dari usia yang muda.Dan paling menakjubkan mereka dapat menghafal Quran dalam masa 4 bulan.Dan rekod yang pernah dicatatkan ialah dua bulan.Masya-Allah.Sungguh hebat rakyat Palestin.

Mari kita reload our iman dan refresh our islam setiap masa.Orang cakap melalui mulut memang senang tapi praktikal hanya diri sendiri yang tahu.Jadi janganlah jadikan itu sebagai alasan tapi mari kita mulakan langkah kita saat ini.untuk menjadi Muslim seperti rakyat Palestin.Uhibbukum fillah.

Sumber:Forum Palestine And You
Isnin 6 Rabiul Awwal /30 Januari 2012





Ujian Sebagai Tanda Cinta Allah Buat Kita

Dalam hidup manusia, kita seringkali tak sedar Allah sentiasa di sisi kita.Terutama apabila diri kita menghadapi musibah yang kita rasa berat walhal Allah lebih tahu kemampuan hambaNya. Kadang-kala selalu rasa kerdil kerana rasa kekurangan bila berhadapan dengan masalah.Rasa masalah tu terlalu berat sampai satu saat kita biar diri kita sedih sampai tak nampak Dia di sisi kita.Apabila tengok orang yang lebih susah barulah sedar realiti kehidupan sendiri.Makin menginjak dewasa dan pengalaman sentiasa berkunjung tiba barulah rasa pentingnya ujian dan cabaran dalam diri kita supaya kita lebih akrab denganNya.

Sesungguhnya orang yang paling banyak ujian, itulah orang yang di cintaiNya.Makin banyak belajar makin tinggi keazaman untuk jadi orang yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan paling penting sekali terhadap agama kita.Buat dengan bersungguh-sungguh dan paksa diri untuk buat semua benda.Yang paling penting buat satu persatu perkara dan buat sampai itqan.Rasa seronok sangat bila rasa Allah dekat dengan kita tapi yang paling penting kita kena bersabar sebab ujian Allah ada di mana-mana dan selalu kita ingatkan diri supaya sedar ujian itu adalah satu sebab untuk kita bertambah dekat dengan Dia.


Bila dapat makan nasi pun rasanya macam sedap sangat walaupun tiada lauk sebab rasa anugerah Allah datang kepada kita walaupun daripada aspek yang kecil.Bila dapat belajar sekarang rasa seronok sangat sebab dapat peluang belajar ilmu Allah yang sangat luas.Bila orang kritik senyum selalulah kerana ada sesuatu dalam diri kita yang perlu kita perbaiki.Ingat kritikan itu dapat membina peribadi.Tapi, janganlah kalau ada orang puji marah pada orang tu pula.Bila rasa mengantuk rasa bahagia sangat sebab Allah bagi peluang kepada kita untuk berehat.Tapi bukanlah setiap masa kita nak mengantuk saja.Memang betul sememangnya kebahagiaan dan kegembiraan selalu ada untuk kita.

Wednesday 25 January 2012

KESUKARAN SEBAGAI SUMBER KEKUATAN

Jatuh, jatuh dan jatuh lagi.Sakitnya bila kita jatuh hanya Allah yang tahu.Ya...memang betul cuma Allah yang tahu.Tapi pendapat mana yang kata kita tak boleh bangkit lagi.Kadang-kala memang sukar untuk kita bangkit tapi kita perlu untuk bangkit sebab ada sesuatu yang menunggu kita bila kita berusaha sekali lagi.


Iaitu kejayaan dan matlamat yang ingin kita capai.Memang ia akan selalu tunggu kita.Mungkin kadang-kala bukan rezeki kita untuk mencapai matlamat dalam masa yang ditetapkan.Percayalah sebenarnya Allah bagi sesuatu kesukaran atau keburukan kerana dengan cara itu kita akan bertambah dekat denganNYA.Mungkin kalau kita dapat sesuatu dengan mudah kita akan mudah alpa dengan kejayaan yang kita kecapi.Ujian dariNYA membuat kita lebih kuat dan bertambah kuat.Letakkan keyakinan dalam hati untuk selalu pada Dia Yang Maha Kuasa.

Cubalah kerana kita tak kan tahu kalau kita tidak mencubanya.Percayalah Allah selalu ada untuk hambaNya.Dan sentiasa ada...

Wednesday 4 January 2012

Ucapkanlah Kata-Kata Yang Baik

Bahasa Jiwa Bangsa. Peribahasa yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat melayu sepanjang zaman.Tapi setakat dengar pun tiada guna dan kalau lihat komunikasi anak muda zaman sekarang seakan-akan hilang jati diri anak melayu dan yang lebih utama lagi sebagai orang islam. Banyak situasi masa kini yang sebenarnya membimbangkan terhadap generasi kaum muda kerana kaum inilah yang akan membangun dan menyambung warisan zaman-berzaman.Tapi salahkah kalau kita menyatakan bahawa kaum tua sebenarnya kadang-kala turut menjadi salah satu faktor yang menyebabkan anak muda abad moden ini menjadi kurang diajar terhadap bahasa sendiri sehingga lahirnya bahasa yang kurang sedap di dengar atau yang lebih tepat bahasa kurang ajar.


Kehidupan hari ini yang semakin ketandusan bahasa.

Situasi yang paling mudah digambarkan ialah di pasar , seorang isteri diherdik oleh suaminya dengan mengatakan isterinya bodoh di hadapan khalayak ramai.Hal ini kerana si isteri tersilap mengambil barang yang hendak di beli oleh si suami. Di samping itu terdapat kelibat anak mereka di belakang yang hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat keadaan kedua orang tuanya.Mungkin ada yang berfikir wujudkah fenomena seperti ini? Jawapannya memang ada malah mungkin ada yang lebih dahsyat.Renung-renungkanlah...


Berbicara menggunakan perkataan yang baik walau dimana sahaja berada.
Hubungan yang baik bermula dari kata-kata ...


Kita mesti gunakan perkataan yang baik kerana bukankah perkataan yang baik itu tuntutan dalam agama.Kawan-kawan, sebenarnya kita memang tak dapat tahu apa yang dirasai oleh seseorang dalam hatinya.Mungkin kadang-kala ucapan kita mungkin menyakitkan hatinya.Siapalah yang tahu!Di sini bukanlah kita mesti terlalu skema apabila bercakap dengan orang.Tapi siapa yang dapat aplikasi Bahasa Melayu dengan betul semestinya kita perlu tabik dan janganlah memperlekehkannya.Bukan senang zaman sekarang nak jumpa orang yang memperkasa bahasa melayu kita.Asalkan yang penting kita perlu tahu cara dan adab kita apabila bercakap dengan orang lain tidak kira tua atau muda.

Hubungan yang baik dapat dipelihara melalui kata -kata yang berhemah.

Tidak semestinya bahasa melayu sahaja kita perlu jaga penggunaannya dalam komunikasi tetapi bahasa lain pun tidak turut ketinggalan seperti bahasa inggeris atau bahasa cina atau bahasa tamil atau bahasa jerman atau bahasa jepun dan bermacam-macam lagilah.Kalau nak sebut semua bahasa, alamat satu muka surat ni pun tak cukup.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengucapkan kata-kata yang baik setiap masa.Sesungguhnya, keindahan bangsa terletak pada bahasanya.Jangan lupa!