Monday 25 November 2013

Bekalan Dakwah


Hidup untuk dakwah.

Kalau berdakwah memang semua orang mampu untuk melakukannya tetapi cinta akan dakwah itu sesuatu yang bukan semua mampu untuk merasainya.

Cinta itu perlu pengorbanan masa, harta dan juga jiwa seorang mukmin itu.

Juga Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan surga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. 


Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." 


[QS.At-Taubah:111-112]


Kita para daie hari ini perlu sentiasa bersedia kerana dakwah itu menuntut lebih dari yang kita ada. Masa lapang kita, harta kita , dan paling penting jiwa -jiwa yang merindui jalan dakwah ini.


Sesungguhnya bukan dakwah yang memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan dakwah. Jangan di biarkan dakwah kita kontang dan kering. 


Jadikan 'Q' itu sebagai bekalan terbaik sepanjang menelusuri jalan warisan anbiya' ini.


Q itu merujuk kepada Quran. Apa makna seorang daie tanpa Quran?


Pesanan dan taujih dari Allah lah bekalan dan tunjang kekuatan dalaman dan ruhiyah terbaik sepanjang zaman. Isilah masa meski hanya sehelai muka surat Quran dalam hidup sehari-hari. Agar hati dalam dadamu hidup dengan ingatan dari kalamNya.


Fahami dan tadabburlah peringatan dan nasihat dari Rabb yang Maha Kuasa. Dia yang paling mengerti dan memahami apa yang berada dalam hati manusia. Dia juga yang paling memahami kemampuan dan kadar iman seorang hambaNya. Jalan dakwah ini pasti menjanjikan kebahagiaan meski kesempitan. Dan rasa kebahagiaan itu hadir saat kita tahu tatkala kita hampir putus dan tidak punya sesiapa, kita masih sedar bahawa kita ada Allah dan kita kepunyaan Allah


Q juga boleh rujuk kepada qawiyy. Yang merujuk kepada maksud kekuatan. Seorang daie itu perlu kuat dari segi kesihatannya, mindanya dan spiritualnya.


Bagaimana seorang daie mahu mengajak orang lain untuk sama-sama berjalan atas landasan dakwah tatkala dia juga mudah lemah semangatnya, mudah lemah keinginannya dan juga lemah pemikirannya?


Azam yang lemah tidak membantu untuk membentuk keinginan itu terwujud. Azam itu perlu kuat disusuli usaha dan tawakal yang tidak putus-putus mengharap pada RabbNya. 


Q juga merujuk kepada qudwah. Qudwah itu bermaksud contoh atau role model. Daie perlu peka bahawa seorang daie itu perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik. 


Bagaimana dia mampu menarik hati mad'u ( orang yang di dakwahinya) andai dia tidak langsung menunjukkan contoh dan ikutan yang baik.


Contoh, seorang itu bersemangat mengajak ke arah kebaikan atau bersegera dalam mengajak orang lain membuat kebaikan tetapi dia sendiri dalam masa yang sama, selalu subuh lambat atau 'subuh gajah'. Ini perlu diperhatikan agar nilai akhlak dan aqidah yang mantap menghiasi diri sang daie terlebih dahulu. Atau kata lain, seorang daie itu perlu mengislahkan diri (menambahbaik) sebelum mengislahkan orang lain.


Q lain boleh merujuk pada Qiblat. Yakni tujuan seorang daie walau di lapangan mana dia berada, dia perlu qiblatkan hati dan amalnya hanya untuk Allah. Kadangkala hati ini selalu berbolak-balik di sebalik nikmat dunia yang mengelabui akhirat. Inilah peranan qiblat iaitu melalui cara tajdid niat (memperbaharui niat). Tajdid niat ini bukan berlaku pada permulaan sahaja tetapi dalam seluruh fasa hidup memang memerlukan tajdid niat sentiasa.


Q seterusnya merujuk pada qalbun iaitu hati. 


Bagaimana dia mampu merasai kemanisan berdakwah andai tiada qalbu dalam dakwahnya?


Hidupkanlah qalbumu dengan sentiasa ingati Allah. Sesungguhnya maka apabila hati baik, maka baiklah seluruhnya.


Rasul mengingatkan :


“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” 


(Riwayat Imam al-Bukhari.)


Dalam hadis lain:


Dari Abu Hurairah, Abdurrahman bin Shakhr radhiyallahu’anhu, dia mengatakan bahwa Rasulllah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda


“Allah tidak melihat fizik dan rupa kalian, akan tetapi Allah melihat hati [dan amal perbuatan] kalian.” 


(HR. Muslim no.2564)


Q yang seterusnya merujuk kepada qorinah iaitu kawan atau teman. Dalam jalan dakwah ini kita sentiasa memerlukan sahabat dan teman yang soleh yang mampu ingatkan kita padaNya selalu kerana kita perlu sedar bahawa jalan dakwah bukan jalan yang dihiasi karpet merah. 


Tetapi jalan dakwah ini adalah legasi dari jalan para nabi-nabi terdahulu yang sentiasa penuh dengan ranting-ranting halangan yang kadangkala menyakitkan. Maka sokongan dalam jalan dakwah ini sememangnya memerlukan orang-orang yang merupakan sahabat yang akan selalu bersama-sama menyokong dalam jatuh bangun sepanjang jalan dakwah ini.


Q yang terakhir adalah 'qaryah' yang bermaksud kampung. 


Seronok tak kalau kita dapat balik kampung?



Kebanyakan kita pasti rasa seronok dan bahagia . Seorang daie pun perlu begitu juga. Kampung di sini merujuk kepada syurga yang kekal abadi. Sungguh kita bukan orang dunia tetapi kita adalah orang akhirat yang menumpang di dunia untuk mencari bekalan untuk pulang ke kampung halangan kita iaitu negeri akhirat.

Motivasi syurga itu satu janji Allah untuk hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Daie itu perlu dan sentiasa cuba untuk merasakan manisnya syurga Allah tatkala manusia lain berpusu-pusu mencari syurga dunia yang sementara. Persiapkanlah bekalan sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman yakini syurga yang tiada tandingnya di samping dengan harapan dapat berjumpa Allah, rasulullah dan sahabat serta orang-orang yang shalih di sana.


Hidupkan jiwa daie kerana ramainya masyarakat yang belum menikmati nikmatnya mengenal Islam. Jadilah seperti buah utrujjah yang rasanya manis dan berbau harum. Sebarkanlah islam agar keharumannya tersebar ke seluruh dunia dan di mana sahaja dakwah kepada Islam itu mengalir.

Moga Allah ketemukan kita di tempat yang lebih baik. I.Allah...




Tuesday 29 October 2013

Sedekah Saham Yang Hampir Terlupakan

"Sedekah akan sampai terlebih dahulu ke tangan Allah sebelum sampai ke dua tangan si fakir." (Ummul Mukminin,A'isyah)

Sedekah. Wahai mukmin sekalian...
Sedekah itu satu pelaburan saham yang hampir terlupakan . Mungkin bukan semua orang tapi anggap ini juga untuk peringatan kita bersama ya.

Nilai sedekah itu tidak mampu menandingi nilai emas dan perak jika kita menyelusuri dengan teliti hikmah dan kebaikan bersedekah itu.

Ikhlaskanlah dalam perkataan dan perbuatanmu!

Allah tidak pernah menghitung berapa jumlah yang seorang mukmin itu sumbang atau sedekahkan. Tetapi apa yang Allah lihat itu adalah apa yang ada dalam hati mukmin itu sendiri. Iaitu niat dan keinginan sebenarnya seorang hamba itu apabila dia bersedekah atau melakukan apa-apa sahaja amal dalam detik kehidupannya.

Mari kita telusuri pesanan Nabi yang mengingatkan :

"Berapa banyak orang berpuasa dan ia tidak mendapatkan sesuatu dari puasanya kecuali rasa lapar. Dan berapa banyak orang yang mengerjakan solat malam (qiyamullail) dan ia tak mendapatkan apapun darinya kecuali begadang semalam suntuk"

(HR Ibnu Majah (1690). Al-Albani berkata, "Hasan Shahih".

Lihat!

Seorang lelaki menunaikan solat tetapi fikirannya serabut manakala hatinya tidak khusyu'. Ketika berdiri di belakang imam, dia hanya mengikut pergerakan solat imam dihadapannya dengan fizikalnya sahaja. Orang yang mempraktikkan ibadah seperti ini tidak mendapat apa-apa pun kecuali rasa letih.

Tadabburlah...titipan dari Tuhanmu:

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu."  (Al-Munafiqun:10)

Perhatikanlah titipan ini sebaiknya. Apa sebenarnya hikmah dan kebaikan sedekah sehingga ia menjadi satu nasihat yang mengesankan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya, Allah akan mengembangkan sedekah kurma atau sepotong makanan dari salah seorang di antara kalian memelihara anak kuda ataupun anak untanya , sehingga sedekah salah seorang diantara kalian tersebut menjadi besar seperti bukit Uhud."

Telusuri apa sebenarnya dimaksudkan dalam hadis ini..

Mengapa Nabi mengaitkan gandaan satu dirham sedekah dengan pembiakan anak kuda?

Sebahagian ulama mengatakan, Kerana pembiakan kuda memerlukan perhatian khusus. Si pemilik kuda sampai rela menghabiskan waktunya demi pemeliharaan haiwan tersebut, dan setiap hari ia akan selalu memerhati perkembangan haiwan peliharaannya.

Dengan kata lain , seorang mukmin itu bersedekah dengan RM 2 atau nilai yang lebih kecil dari itu. Maka Allah akan mengembangkan harta seorang yang bersedekah itu hingga sesuap makanan boleh melimpah-limpah umpama Bukit Uhud.

Dan..tatkala akhirat itu ,

Ketika seorang mukmin itu menghadap Allah dan mendapati apa yang disedekahkan itu telah dikembangkan Allah.

Cuba bayangkan!

Ketika mukmin itu bersedekah lalu lupa dengan sedekah tersebut,kemudian mukmin itu meninggal dalam keadaan tidak mengetahui bahawa Allah mengembangkan sedekah itu, iaitu sejak seorang mukmin itu mengeluarkannya hingga hari kiamat!

Lalu ketika akhirat, anda mendapati apa yang seorang mukmin itu sedekahkan telah menjadi suatu yang melimpah-ruah dan menggunung. Sungguh, Allah melipatgandakan sedekah itu untuk sang mukmin yang bersedekah atau 'infaq'.

Wahai tangan yang kikir...hayati titipan Rabbi:

" ..Dan siapa yang kikir, sesungguhnyaia hanyalah kikir terhadap dirinya. Dan Allah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhknNya... (Surah Al-Ahzab:21)

Anda masih di sini? Jom, telusuri satu kisah yang sangat osem sebagai renungan bersama:

Zainal Abidin bin Hasan bin Ali, setiap malam keluar rumah untuk meletakkan gula, gandum dan makanan di hadapan pintu rumah orang-orang miskin dan setelah selesai beliau akan pulang ke rumahnya. Akan tetapi tiada satu dari orang-orang miskin yang mengetahui siapakah gerangan yang meletakkan makanan ini.

Setelah Zainal Abidin meninggal dunia, tiada lagi yang meletakkan makanan untuk orang-orang miskin. Maka saat itu orang miskin menyedari bahawa orang yang acapkali meletakkan makanan di rumah mereka adalah Zainal Abidin kerana saat mereka hendak memandikan jasad beliau, mereka menemukan tanda hitam di bahunya. Kesan itu adalah akibat dari seringnya dia memikul makanan dan berjalan jauh membahagikan makanan kepada para orang miskin.

Orang-orang mukmin...

Ketahuilah konteks sedekah itu luas. Bukan setakat duit yang kau miliki akan tetapi apa sahaja yang kau miliki saat ini seperti ilmumu, tenagamu, bicaramu itu juga dikira sedekah jika digunakan untuk memberi manfaat untuk orang lain.

*Jom sedekah :)

Wasalam.







Saturday 28 September 2013

PadaNya Aku Sandar Bicara

Seronoknya dapat bicara dengan kalamNya!


“Qul huwallahu ahad.”

“Maksudnya, Katakanlah bahawa Allah itu Tuhan yang Esa.”

Lunak suara kanak-kanak lelaki itu mengalunkan ayat-ayat Tuhannya yang Satu. Pandangan matanya menatap mushaf yang kelihatan usang. Kemudian bacaan disambung oleh teman yang duduk di sebelahnya.

Murid-murid lain turut memandang mushaf milik mereka. Cuba memahami dengan akal dan jiwa suci yang sesuai dengan fitrah manusia.

Tidak ketinggalan ada juga segelintir daripada mereka yang melilau matanya memandang kiri dan kanan. Angin sepoi-sepoi bahasa lembut meniup jasad setiap manusia yang ada dalam ruang kelas yang kecil itu.

*                     *                             *
                                                               
Dia menguatkan lagi volume radio di biliknya. Lentingan suara di luar kamar semakin tinggi. Lelaki itu tidak mahu tahu apa-apa yang terjadi di luar sana. Dia tidak peduli tentang semua kerana dia tidak mahu tahu. Dia cuma mahu sendiri. Tanpa sesiapa pun.

“Kalau rasa bosan terperap saja di rumah , jomlah join kami pergi keluar lepak malam-malam.”

“Daripada kau duduk sedih pasal masalah lebih baik kau layan cerita-cerita yang best. Aku ada banyak cerita sekarang ni. Engkau cakap saja nanti bila-bila masa aku boleh saja bagi pinjam pada kau.”

Suara kawan-kawannya tergiang-ngiang dalam fikiran yang berlari jauh dari realiti.

“Bosan!” Jerit lelaki itu sekuat-kuat dalam hatinya sambil menghempas tubuh ke tilam empuk yang terletak di tengah biliknya.

“Bump!”

Kedengaran keras bunyi pintu di luar sana. Suasana di ruang tamu tadi yang kedengaran tegang kian hilang. Sunyi dan hening memenuhi ruang rumah yang kosong itu sekosong hati penghuninya.

*                     *                             *

“Siapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.”

Cuma ungkapan itu yang menerobos masuk gegendang telinganya. Kata –kata guru sejarahnya selepas itu bagaikan angin lalu yang tidak memberi kesan pada mindanya.

“Kalau siapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.”

“Bagaimana pula kalau orang melupakan tuhannya?”

Shakir memandang lelaki itu. Aneh sekali bunyi soalan itu.
“Aku tanya engkaulah soalan ni.”

Shakir memandang seketika sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia malas menjawab soalan lelaki itu.

Ilham Irsyad. Lelaki itu memang suka bertanya soalan-soalan yang dia tidak gemari. Meskipun mereka bersekolah dari zaman kanak-kanak hingga ke alam remaja kala ini namun mereka memang tidak pernah rapat. Shakir berfikir sejenak.

Silap. Mereka pernah rapat. Suatu ketika dahulu sewaktu di tadika. Tetapi masa berputar membawa haluan dan cerita tersendiri. Kini, Ilham Irsyad cuma bayang-bayang yang mengganggu dirinya apatah lagi dengan soalan-soalan yang dilontarkan kadang-kala membuat darahnya berapi-api.

“Kalau engkau rasa bosan apa yang kau buat Syakir?”

“Woi, kau janganlah kacau best friend aku.” Satu tepukan hinggap di bahu Ilham Irsyad belum sempat soalannya dijawab.

Lelaki yang bertubuh sederhana besar itu segera mengambil tempat di sebelah Syakir.

“Daripada kau layan mamat Ilham ni lebih baik kau ikut aku. Ha…malam ni aku nak kau ikut sekali aku dengan Geng Kucai kumpul depan jambatan lama.”

“Aku tak nak dengar jawapan kecuali ya daripada kau. Haha… apa-apa nanti aku contact.” Azril bangun lantas menepuk-nepuk bahu Shakir tanpa menunggu sebarang jawapan sebelum beredar pergi ke kelasnya yang terletak bertentangan dengan kelas Shakir.

Ilham Irsyad cuma memandang mereka berdua tapi Shakir dapat merasakan wajah itu kelihatan tegang.

*                     *                             *

“Allahu Akbar!”

“Allahu Akbar!”

“Syahadah, abang gerak ke surau dulu ya. Azan maghrib dah masuk. Nanti pastikan adik-adik solat maghrib tau.”

Gadis berusia belasan tahun itu mengangguk tanda memahami.

Motor yang ditunggangnya berhenti betul-betul di belakang kawasan jambatan lama itu. Pandangannya jatuh pada sekumpulan anak-anak muda yang masih melepak di kawasan itu meski seruan Ilahi sudah berkumandang dari tadi.

Matanya tertancap pada seorang pemuda yang sederhana tinggi yang juga duduk bersama kumpulan itu. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan melepaskannya seakan-akan melepaskan luahan yang cukup dalam.

Tanpa menunggu lama , Ilham Irsyad meneruskan perjalanannya mencari ketenangan hakiki dari Ilahi. Surau yang terletak bersebelahan padang itu kelihatan agak lengang meski penduduk kawasan sekitar surau itu agak ramai.

Cahaya matahari mula kelihatan samar-samar dan langit mula diselimuti kegelapan malam.

*                     *                             *

“Shakir , aku nak kau cuba benda ni. Mesti hilang semua tekanan kau.”

“Din, aku mana ada masalah. Apa yang kau nak risaukan sangat.”

“Eh, kau kawan baik aku. Mesti aku tahu kau ada masalah sekarang.”

“Aku tak naklah Din. Lagipun, aku keluar lepak pun sebab aku bosan duduk rumah.”

“Woi Shakir, Din bukannya nak engkau ambil dadah pun. Cuma rokok sebatang pun susah. Tak macho betullah kau ni.”

Jihan bersuara sambil tangannya menghulurkan sebatang rokok Dunhill.

“Tak apa. Shakir tak biasa lagi. Macam nilah. Aku bagi kau satu kotak rokok percuma dengan lighter sekali. Kalau kau rasa bosan atau stress kau cuba at least satu batang rokok. Mesti lepas kau rasa baru kau tahu betapa nikmatnya kalau dapat rokok.”

Budin segera meletakkan kotak rokok bersama lighter dalam kocek baju pemuda itu sambil menghadiahkan segaris senyuman yang sukar ditebak maknanya.

Kawan-kawan lain memandang sambil ketawa besar.

“Mana adil Budin bagi kau free-free saja. Aku pun nak juga.”

“Relakslah Jihan. Saudara kita ni mana pernah dapat rokok. Biarlah.” Budin bersuara sambil tersenyum sumbing.

“Eh, Shakir. Kalau kau nak balik temankan aku sekejap. Aku nak ke rumah kawan aku tapi jauh sikit dari sini.”

“Budin dengan Jihan kan ada. Kenapa aku pula yang kena temankan kau?”

“Budin dengan Jihan nak turun pekan nanti. Alah… jomlah bukannya lama pun.”

“Emm…okeylah tapi kalau engkau lama sangat aku balik dulu.”

“Ha..macam ni baru kawan namanya.” Shahrul menunjukkan ibu jari pada temannya itu.




Shakir cuma menunggu di luar rumah. Malas mahu berlama-lama di rumah orang. Tidak lama, Shahrul keluar membawa satu beg kecil.
“Nah,dalam ni ada macam-macam cerita best. Minggu lepas aku dah cakap yang kau boleh pinjam cerita-cerita best dari aku.”

“Aku tak minta pun dari kau. Nanti kalau aku nak aku cakaplah yang aku nak pinjam. Tapi sekarang ni aku tak ada mood nak tengok cerita-cerita engkau . Faham tak?” Shakir mula mengeraskan suara.

Cool brother. Muka dah macam ayam berak kapur aku tengok. Aku tak suruh tengok cerita ni sekarang. Nanti bila-bila kau free bolehlah kau tengok cerita. Kalau dah bosan tengok baru pulang pada aku. Nanti aku bagi cerita yang baru.”

*                     *                             *

Lelaki itu segera membawa diri ke bilik. Lesu benar tubuhnya saat itu. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil matanya memandang kipas yang berpusing-pusing di siling. Fikirannya menerawang entah ke mana-mana.

Seketika tangannya mencapai kotak rokok dalam poket bajunya. Rokok. Lighter. Kosong. Tetap kosong.

Dia tetap merasakan perasaan itu. Tidak pernah hilang. Lantas tangannya mencampak kuat rokok-rokok itu ke dinding biliknya. Beg kecil di sampingnya segera dicapai. Perlahan-lahan tangan lelaki itu mencapai CD-CD yang tersembunyi.

“Apa ni?!” Dia segera bangkit dari katil dan memejam mata beberapa kali melihat CD – CD tersebut.

“CD pornografi.  Aku tak sebodoh dan senaif untuk dipermainkan dengan benda-benda macam ni.”

Shakir geram lantas membawa beg kecil serta CD dan rokok yang diterimanya keluar rumah. Dia membuang semua barang-barang itu lantas dibakarnya di kawasan pembakaran belakang rumahnya.

Matanya memandang bara-bara api yang mula membakar. Hatinya sebak. Dia memejam mata rapat-rapat.


*                     *                             *



Gadis itu menutup mata adiknya dengan kedua tapak tangan.

“Shakir, jangan tengok cerita macam tu. Tak elok.”

“Akak, kenapa tak boleh tengok ? Adik baru nak tengok, akak dah kacau.”

“Cerita berpeluk-peluk dan berkucupan itu tak elok. Allah tak suka tau.”

“Kenapa pula Allah tak suka?”

Gadis itu tersenyum mendengar soalan adik kecilnya.

“Okey. Akak bagi satu contoh. Kalau adik pergi tadika boleh tak adik pergi pakai tuala saja?”

“Isy ,akak ni mestilah tak boleh. Cikgu cakap kena pakai baju sekolah setiap hari . Mana boleh adik nak pergi pakai tuala saja.”

“Ha…macam tu juga dengan Allah. Bumi ni Allah yang punya. Ada peraturannya sama juga di tadika ada peraturan yang perlu adik ikut. Kalau tak ikut mesti cikgu adik marahkan? “

Kanak-kanak lelaki itu mengangguk.

“Kita semua hamba Allah. Jadi kena ikut peraturan Dia kalau tak nanti Allah murka pada kita.”

“Oh, jadi kalau adik tak tengok cerita macam tu , Allah tak akan marah pada adik?”

“Betul . Malah Dia akan bertambah sayang pada adik.”

“Seronoknya!”

*                     *                             *



Lelaki itu membuka mata.

“Akak kata Allah akan sayang pada adik tapi kenapa Dia ambil akak dan biar adik seorang.”

“Kenapa akak biarkan adik sendiri macam ni?”

“Adik rasa kosong sangat sekarang ni.”

“Ya Allah, tolong aku!”

Lelaki itu merenung bara-bara api yang mulai padam dengan pandangan berbalam-balam. Dan malam semakin pekat .

*                     *                             *


“Allahu Akbar!”

“Allahu Akbar!”

Azan subuh berkumandang memenuhi hampir setiap ruang.

Lelaki itu bangkit menuju ke kamar mandi. Dia membuka paip air. Lama dia termangu sebelum dia berniat untuk berwudu’. Untuk pertama kali dia melakukannya setelah sekian lama dia meninggalkan amalan itu.

Perlahan-lahan air mata yang mengalir bertambah lebat. Makin kuat esakannya seakan melawan-lawan curahan air dari paip itu.

Subuh berjemaah di surau memang tidak ramai. Lelaki itu cuma memandang sepi lorong surau dari kejauhan. Dia buntu harus bermula dari mana. Mengangkat takbir juga sudah beberapa tahun dia tinggalkan. Dia tidak ingat dari mana harus dia mulakan langkah mendekati Tuhannya.

Dia masih memperhatikan jemaah yang mula bersalam-salaman dan bersurai keluar dari surau. Lelaki itu segera berundur beberapa langkah. Takut ada yang menyedari.

Merasa putus asa terhadap diri sendiri membuat dia berpaling ingin pulang semula ke rumah. Beberapa langkah dia meninggalkan kawasan itu…

“Eh, kau belum jawab soalan aku lagi?”

Langkah Shakir terhenti seketika.

“Siapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya tapi kalau siapa yang melupai tuhannya …? Apa pula yang terjadi?”

Lelaki ini memang pelik. Subuh-subuh lagi tanya soalan yang dia pun sendiri bingung.

“Mana aku tahu. Engkaukan baik dan alim. Engkau sajalah yang jawab soalan tu. Aku malas nak jawab.”

Ilham Irsyad tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. Untuk pertama kali Shakir senang melihat wajah itu.

“Kalau siapa yang melupai tuhannya dia akan mengulangi dosa-dosa yang sama sehingga pada satu masa dia sendiri kelelahan dalam dosanya sendiri.”

“Sesiapa yang diberikan kebaikan nescaya kebaikan itu dari Allah dan barangsiapa yang ditimpa keburukan itu adalah sebab dari dosanya sendiri.”

Shakir senyap mendengar. Sentap jiwanya mendengar ungkapan itu.

“Jomlah ikut aku sembahyang Subuh sekali.” Ilham Irsyad mengajak dengan hati yang lapang.

“Kau belum sembahyang lagi ke?”

“Aku tunggu engkau masuk dalam surau tapi engkau asyik berdiri di sini dari tadi tak bergerak. Bukannya nak masuk. Aku yang tunggu ni terpaksa tahan sakit kaki sebab semut api asyik menggigit dari tadi.”

Shakir mengetap bibir menahan gelak melihat reaksi Ilham Irsyad.

“Siapa yang suruh tunggu aku?”

“Dahlah, nanti terlepas subuh pula kita berdua ni.” Ilham Irsyad segera melangkah.

Namun langkahnya terhenti pabila melihat Shakir membatu seperti tadi.

“Aku tak tahu nak mula dari mana?”

“Semuanya aku dah tak ingat. Cuma pergerakan solat yang aku hafal.”

Shakir tunduk. Seakan-akan menyembunyikan resah yang tersimpan.
“Engkau dah ada wudu’?” Ringkas soalan Ilham Irsyad.

Shakir mengangguk perlahan.

“Tak mengapa kita mula dari awal. Seperti di tadika dulu. Aku akan ajar kau asas solat,okey?”

“Ilham,terima kasih.”

“Dah, aku macam rasa melankolik pula tiba-tiba. Jom!”

Kali ini mereka melangkah bersama-sama seperti gandingan mereka di tadika sewaktu mereka masih kecil.

*                     *                             *

“Sewaktu kemalangan yang meragut nyawa kakak , satu family tengah tunggu kakak pulang dari airport memandangkan kakak dapat pulang ke Malaysia selepas peperiksaan akhir tahunnya.”

“Itu pertama kali aku melangkah masuk ICU dengan harapan yang kakak mampu bertahan untuk terus hidup walau hakikatnya aku sendiri tak mampu untuk melangkah masuk menapak dalam wad tu. Dan harapan aku punah. Akak tak mampu bertahan walau sedetik pun . Yang ada depan aku cuma jasad yang kaku. “

“ Sejak hari tu, keluarga jadi sunyi dan dingin. Aku tinggal seorang memandangkan kami dua beradik saja. Ujian bagaikan datang bertimpa bila ayah kena tipu dalam perniagaan. Mak dengan ayah pun mula renggang.Hari-hari bertengkar. Aku bagaikan tak wujud lagi depan mereka. Aku ada ke atau tak ada ke mereka tetap buat hal sendiri. Kedinginan yang mencengkam sangat-sangat.”

“Aku tak tahu nak describe keadaan aku waktu tu. Aku cuma rasa kekosongan yang amat luas bagaikan tiada hujung.”

Ilham Irsyad mendengar sambil matanya memandang langit. Sungguh hatinya sebak mendengar bicara temannya.

“Shakir, aku harap kau pegang semula mushaf yang dah lama kau tinggalkan. Kau masih ingat bacaan Surah Al-Ikhlas waktu di tadika kita dulu?”

“Surah itulah yang aku tak lupa sampai sekarang mungkin sebab aku sangat menyukai surah tu. Dulu seronok sebab dapat hafal sekali dengan makna cuma sekarang dah tak ingat maknanya lagi.”

“Aku gembira sangat sebab hari ni aku dapat semula kawan aku selepas bertahun-tahun aku kehilangan dia. Lepas ni, bolehlah kita tadabbur ayat dalam Quran sama-sama.”

“Semangat engkau masih sama Ilham. Dari kecil sampai sekarang tak berubah langsung.” Shakir tergelak seketika.

“Tak, sebenarnya engkau yang ajar aku untuk semangat sebab waktu kecil aku cemburu dengan kau . Apa tidaknya sebab kau selalu dapat baca hafalan surah dengan baik sekali disertai makna. Dari situ aku belajar cintakan Quran bila engkau ajari aku untuk memahami Quran bukannya menghafal.”

“Tapi itu dulu Ilham. Sekarang aku jahil. Ilmu Quran aku entah ke mana-mana.”

“Kita cuba semula sama-sama. Masih ada kesempatan dalam kesempitan.” Ilham Irsyad menghulurkan tangan.

Lantas tangan itu disambut erat dengan genggaman yang kuat penuh ukhuwwah.



“Kakak, surah apa yang akak tengah baca tu?”

“Surah Al-Ikhlas. Akak suka sangat surah ni. Mendalam sangat maknanya.”

“Oh…kalau di tadika cikgu ajar adik Surah Fatihah tapi tak pernah pula dengar Surah Al-Ikhas. Siap dengan makna lagi ya?.”

“Shakir pergi ambil mushaf Shakir dalam bilik nanti lepas solat asar akak ajar Surah Al-Ikhlas dengan maknanya  sekali,ok?”

“Alah…adik nak pergi main bola sepak dengan kawan-kawan lepas asar ni.”

“Tak apa. Kalau macam tu selepas maghrib kita sama-sama baca Quran dengan belajar surah Al-Ikhlas.”

“Haa…sayang kakak.”

*           *        *

Syakir merenung surah Al-Ikhlas. Tiada lagi kakak di sisinya. Yang ada cuma mushaf yang menemani di sisi.

Perlahan-lahan dia mengucup mushaf sebelum meletakkannya di atas meja . Mak dan ayah pergi keluar kenduri bersama-sama di hujung kampung selepas solat isya’. Alhamdulillah kelihatannya permulaan baru yang lebih baik untuk mereka berdua. Harapannya moga mereka juga menemui ketenangan yang dinikmatinya saat ini.

Matanya memandang langit. Kelihatan bertaburan bintang-bintang. Rumahnya sunyi dan sepi namun tidak lagi hatinya. Hatinya kini penuh dengan bicara. Bicara padaNya melalui kalam yang penuh dengan mukjizat.

Tamat
Imtinan 8.27pm
28/9/2013
23 Zulkaedah 1434H


* Kepada pembaca yang sangat saya hormati. Kalau ada sebarng komen dan kritikan boleh maklum di ruang komen atau email saya : tasnimmawaddah@yahoo.com sebab saya budak baru belajar. Banyak yang saya perlu perbaiki.

Semua yang baik dari Allah dan yang kurang itu dari kelemahan saya sendiri. Terima kasih semua :)

Tuesday 3 September 2013

Hidup Tak Perlu Kaya


Nak Kaya atau Nak Cukup???


Kaya bukan persoalan penting dalam hidup manusia. Kebanyakan kita runsing apabila persoalan berkaitan kekayaan. Ada bermacam - macam cara diusahakan untuk menjadi kaya. Ada juga yang sudah sedia kaya tetapi masih juga mengejar dan mencari jalan untuk menambah harta.



Dalam hidup manusia yang sebenarnya bukan kekayaan yang perlu melingkari kehidupan tetapi apa yang lebih penting adalah cukup. Saya tidak mengajak saudara dan saudari untuk menjadi kaya tetapi saya mengajak kalian untuk menjadi orang yang cukup.



Orang yang kaya belum tentu cukup tetapi orang yang cukup pasti kaya. Dan perasaan dan kehidupan yang cukup itu terhasil apabila ada berkat dan rahmat dari Allah. Lihat saja sebagai contoh, seorang perempuan yang keinginannya sentiasa hendak membeli kasut baru atau sebagainya sedang di rumah dia sudah memiliki beberapa sepatu. Ini terjadi apabila dia tidak merasa kecukupan dalam hidup. Pasti sakit dan lelah andai keadaan berterusan seperti ini.



Ada orang kaya memiliki pelbagai kemudahan dan aset yang berjuta- juta tetapi boleh jadi dia merasa tidak pernah cukup. Satu keluarga yang bahagia itu tak boleh dinilai dan diukur dengan wang ringgit. Banyak wang ringgit belum tentu membahagiakan semua orang.



Setiap apa-apa yang dianugerahkan kepada kita itu bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk memberi manfaat kepada orang lain. Allah beri kita rezeki dan jangan merasa takut untuk memberi juga kepada orang lain sebahagian rezeki itu. Rezeki manusia itu sudah tertulis sejak di luh mahfuz.



Beriman kepada qada' dan qadar itu harus juga yakin bahawa rezeki setiap manusia itu sudah ada diatur. Manusia itu kebanyakannya runsing tentang rezeki , jodoh dan pelbagai lagi sedangkan bukankan Allah itu sudah mengatur. Yang paling penting itu adalah usaha dalam setiap yang dilakukan dan mencari redha Allah.



Yakin pada Allah itu pasti bahagia. Kalau nasi sudah jadi bubur itu bukan penamat kehidupan. Tetapi kita harus redha dan dalam masa yang sama cari ayam, sayur dan sebagainya untuk menghasilkan bubur nasi ayam yang jauh lebih sedap dari nasi. Redha terhadap takdir itu bukan akhir tapi itulah permulaan kehidupan yang lebih baik.



Didik diri untuk merasa cukup dan sentiasa mempunyai keinginan untuk membantu orang lain melalui nikmat, rezeki dan kelebihan yang Allah berikan pada kita. Duit banyak yang kita ada belum tentu kita yang punya sebab mungkin ada yang dibelanjakan untuk membeli-belah atau untuk keperluan kesihatan. Tetapi wang yang disedekahkan kerana mencari redha Allah itu pasti kita yang punya kerana wang itu sebagai bekalan akhirat kelak.



Jadi, tak perlu runsing kerana Allah tak pernah melihat kekayaan atau keturunan kita tetapi Allah melihat apa yang ada dalam hati kita. Rasailah kecukupan dalam kehidupan dengan memenuhi keperluan bukan kehendak. Osemkan! :)

Salam brotherhood,
A.A

Wednesday 21 August 2013

Urusan Kita Biar Allah Uruskan

Aduh,peningnya kepala!


Ada masalah?

Tekanan?

Kebuntuan?

Hadapi rasa itu semua dengan memohon bantuan pada Allah. Jangan pendam masalah seorang diri sehingga kita sendiri menemui jalan buntu. Jangan biar diri lama-lama dalam kebuntuan...

Jangan berlama-lama dengan selain Allah ... 

Apapun yang ada di hati, maka segeralah serahkan kepada-Nya, diantaranya dengan do'a ini :

Doa agar semua urusan diurus Allah : 


." Yaa Hayyu Yaa Qoyyuum birahmatika astagiits...ashlihlii sya'nii kullahuu walaa takilnii ilaa nafsi thorfata ainin";


'Wahai Allah Yg Maha Hidup, Wahai yg Maha berdiri sndiri mngurus makhlukNya,dg rahmatMu tolonglah saya..
Perbaiki semua urusanku & jangan serahkn kepadaku walau sekejap mata'.

( HR. Nasa'I )

Ingat keinginan, segera serahkan kepada-Nya
Ingat masalah, segera serahkan kepada-Nya
Ingat ancaman/bahaya, segara pasrahkan kepada-Nya
Ingat keluarga, segera berdoa pasrahkan kepada-Nya
Ingat apapun jangan berlama-lama, segera berharap pengurusan-Nya

Jangan berlama-lama dengan selain-Nya, segera pasrahkan total kepada-Nya, yakin dengan segala janji dan jaminan-Nya

InsyaAllah akan segera kita rasakan ketenangan, juga berbagai petunjuk dengan cara-Nya, yang sedar tak sedar akan menuntun kita kepada ikhtiar menggapai pilihan-Nya, jalan keluar terbaik dari Allah.. Sungguh indah dan berkah!


Urusan kita biar Allah yang uruskan. Kita sebagai manusia yang paling penting meluruskan niat dan menyempurnakan ikhtiar (usaha). Yang selebihnya percayalah Allah pengurus terbaik dalam segala urusan manusia :)

Sumber : FB AAGYM



Monday 15 July 2013

Ledakan Facebook Antara Dosa & Pahala


Alhamdulillah saat ini, 7 Ramadhan 1434H Allah masih beri peluang pada kita untuk mengecap nikmat iman dan islam. Kali ini buku pilihan merupakan hasil tulisan Dr Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan ustaz kegemaran penulis.

Buku ini mengupas dalam dan jelas tentang bagaimana kita perlu memanfaatkan penggunaan facebook dalam kalangan masyarakat yang semakin meluas akhir-akhir ini.

Persoalan yang sering diutarakan adalah "Adakah syubhah atau haram menyertai Facebook?" Kerana ada yang berpendapat empunya FB adalah Mark Zuckerberg yang merupakan bangsa Yahudi.

Rumusan yang dirungkai oleh Dr amat menarik:

* Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah harus selagi tidak terbukti ia menggunakan nama pengaruh dan keuntungannyabagi menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi , AS dan lain-lain.

*Bagi mereka yang tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat Facebook , mereka dinasihatkan tidak membuka akaun Faceboook . Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna laman sosial ini  supaya sentiasa berhati-hati , namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara haram secara umum.

* Bagi individu yang ingin mengambil sikap berhati-hati mereka digalakkan supaya:

- Memanipulasi laman sosial bagi keutamaan dan manfaat Islam melebihi kepentingan diri.

- Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa.

- Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) kerana ia membawa mudarat berbanding faedah.

- Tidak memasukkan perincian peribadi seperti akaun bank, tahap kesihatan dan lain-lain. Cukup sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

- Tidak terlibat dengan permainan atau aplikasi yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti kuiz ramalan nasib.

Sekiranya point-point tadi dijaga dan disedari Dr kira mengguna dan membuka akaun Facebook adalah kekal dalam hukum harus atau dibenarkan.

 Malah, andai ia lebih banyak mendatangkan manfaat kepada Islam , maka ia digalakkan.

Walau terdapat unsur syubhah , ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook.

 # Banyak lagi huraian dan penerangan yang baik dan jelas untuk bacaan masyarakat. Dan terdapat 100 status FB terbaik beliau yang dimuatkan dalam buku ini. Boleh kongsi bersama orang yang tersayang.

Buku yang berharga RM 18.00 ini sangat berbaloi dimiliki oleh setiap individu . Jom dapatkannya :)

Salam Ramadhan dan kasih sayang untuk semua.

Monday 24 June 2013

Tak Mampu Sendiri


Ask your heart because it never say something wrong :)

Heart: The journey of life start from believe...

Mind: What kind of believe? I don't get it.

Heart: Sokay, just read the story first ^^

Satu pagi...

Si A: Engkau ni kenapa?

Si B: Tak ada apa-apa. Cuma tak sihat saja. (Muka lesu dan tidak bersemangat)

Si A: Engkau kalau ada masalah cubalah share.

Si B: Share?! (Berang) Nak share dengan siapa? Engkau senanglah cakap sebab engkau ada mak ayah, adik-beradik. Tapi aku cuma ada seorang adik saja. Itupun Allah nak ambil dari aku. Allah memang tak nak aku ada apa-apa ke? (Sayu)

Si A: Engkau janganlah cakap macam tu.

Si B: Aku tak kacau siapa2 pun. Banyak lagi orang jahat kat luar sana. Bahagia dengan keluarga mereka. Kenapa Allah tak ambil nyawa keluarga mereka? Kenapa aku?

Si A: Engkau tahu tak Nabi Muhammad ada siapa?

Si B: (Geleng)

Si A: Tak ada sesiapa tau.

Si B: Tapi dia ada ayah saudara.

Si A: Tapi ayah saudara dia tak masuk islam. Temankan Nabi pun sekejap saja.

Si B: Tapi dia ada isteri.

Si A: Ya, tapi bukan dalam umur engkau ni.

Si B: Tapi dia nabi, mana sama dengan aku.

Si A: Memanglah tak sama tapi nabi lagi tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan engkau.

Si B: Tapi aku tak boleh hidup seorang macam ni... (Sebak)

Si A: Memanglah engkau tak boleh hidup seorang diri selagi engkau tak bergantung pada yang tak mati.

Si B: (Diam.Lama...)

The 'ibrah' (lesson) from this conversation, we can defined that we have to realise in our journey of life there are many obstacles that we have to face it. In our way to our real destination, the most important thing , we have to depend to Allah.

That's so true. Sometimes we are depending to something that we love the most in our life.Maybe, human being or anything in this ocean of world. Something not eternal. Then, when the person or thing disappear, we become lost hope. And that time, we regret and upset. And we have decided in ourself do not put any hope after what happened to us.

We forgot that we have Allah. Rightful owner of our heart and our soul. If we put trust, believe and depend only for Allah, we never be broken as we have Allah the Almighty. Allah never die. He is The One. Eternal.

So, just trust in Him because He knows what is the best for all His servants. AllahuAkbar!

*Thanks to inspirational video: Rokok dan Kopiah by MatLutfi :)





Monday 10 June 2013

Produktiviti Sampai Garisan Penamat





Dalam hidup ini apabila kita ingin melaksanakan sesuatu perkara nescaya kita akan bersemangat pada mulanya. Namun, apabila dugaan datang...

Semangat yang pada awalnya membara bak api yang marak seakan malap. Apabila dugaan datang lagi, semangat itu semakin malap.

Bukan saya seorang dan bukan awak seorang sahaja yang mengalaminya bahkan manusia lain pasti pernah menempuhnya.

Percaya atau tidak nilai produktiviti dalam diri kita makin rendah dan bertambah rendah. Aduhai, tak dapat dibayangkan hasil di garisan penamat nanti.

Cabaran yang datang dalam hidup kita sebenarnya terbentuk dari dua elemen:

- cabaran dalaman: Berupa bisikan nafsu dari dalam diri kita dan was-was daripada syaitan.
-cabaran luaran: Berbentuk ancaman serta halangan yang berada di luar kawalan manusia.

Sungguh, Allah jadikan cabaran itu sebagai satu fitrah sebab Dia ingin melihat siapa yang sebenar-benarnya  yang berjaya dan siapa pula yang menyerah kalah.

'Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan sesunggunhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.'

(al-Ankabut: 3)

Emm..lima langkah yang boleh dikongsi bersama teman dan taulan supaya kita dapat mengekalkan produktiviti sampai ke garisan penamat.

Yang pertama: Jangan pernah sesekali berhenti dalam sesuatu perkara yang telah kita lakukan. (Dont Give Up ya!)

Yang Kedua: Ingat balasan yang akan diterima. (Bukan balasan di dunia tapi di akhirat tau!) . Kita semuakan ahli syurga ^_^

Yang Ketiga: Ingat bagaimana kita memulakan sesuatu perkara itu. (Ingat saat kita bersemangat saat mula-mula melakukan perkara itu.)

Yang Keempat: Dapatkan 'support' dari mama, abah, ibu, ayah, umi, abi, rakan, teman dan taulan. Berkongsilah dengan mereka.

Yang Kelima: Segarkan diri anda. Jangan hanya fikir masalah. Buka horizon minda luas-luas. Pergilah beriadah atau buat aktiviti yang membantu fizikal dan mental. It's better!

Haa..itulah dia tips yang boleh dikongsi bersama.

Akhir kata dari saya, jom lari maraton bersama saya dengan syarat tak boleh lari separuh jalan kemudian berhenti tetapi mesti habiskan larian sampai garisan penamat ! Coolkan :)

Wasalam

Salam kasih sayang tanpa syarat

Produktiviti itu sungguh mengujakan...

Sunday 5 May 2013

There is something worth fighting for??

Kita memerlukan Dia...

Dalam dunia yang sementara ni, banyak sungguh nikmatnya yang menarik-narik sehingga kadang-kala kita manusia lupa destinasi kita di akhirat nanti. Duit, kemegahan, kecantikan, kehebatan, kebanggaan begitu mempesonakan hingga iman kita kadang-kala tidak mampu bersuara. Rasa diri begitu hebat sedangkan empunya diri tak punya apa-apa kerana Allah pemberi segalanya.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur." (at-Takatsur:1-2)

Kita mudah berasa takut andai kehilangan apa yang dimiliki pada pandangan fizikal. Bagaimana pula keperluan ruh kita? Dan cubalah tanya pada hati apakah kita sudah siap menghadapi hari-hari untuk menuju destinasi kita?? Gulp..

Begitu banyak orang yang sedikit amalnya tetapi banyak sekali perkataannya. Dingin dan sepi tanpa penghayatan. Janganlah kita jadi seperti asap yang tinggi tetapi tidak mempunyai apa-apa di bawahnya. Kita sebagai manusia seringkali merasa sudah cukup hebat punya segala juga seringkali merungut tatkala tidak merasa kecukupan dalam kehidupan.

Segarkanlah jiwa kami dengan menyebut asmaMu,
Jinakkanlah Ya Allah hati kami dengan namaMu,
Bersihkanlah hati kami Ya Allah dari riya', ujub, takabbur, hasad, dengki, dendam yang umpama api membakar semua amal -amal tanpa sedar
Ampunkanlah dosa ibu ayah kami juga dosa-dosa kami,
Juga anak-anak kami,
Hiasilah kami dengan ilmu dan akhlak yang baik...
Bahagiakanlah kami Ya Allah,
Bahagiakanlah kami di dunia dan akhirat

Wahai dzat yang Maha Sempurna,
Jadikanlah kami yang penuh dosa ini
Terdidik dengan jiwa hamba
Menyedari kami adalah pendosa yang mengharapkan
Keampunan hanya dariMu

Dunia ini begitu indah namun hakikatnya ia merupakan perangkap yang sangat menakutkan. Keseronokan duniawi ini begitu mencengkam dan hedonisme menjadi amalan semata - mata sehingga kita lupa dan alpa siapa Tuhan kita dan kita juga siapa sebenarnya. Destinasi kita apa yang ingin kita tuju?

Kecintaan dunia ini begitu memperdayakan tapi itulah yang dikejar oleh kita sebagai manusia yang pelupa.

Ramai orang yang mampu gunakan mata dengan baik setiap hari namun tak semua mampu gerakkan mata hati.

Lantas, kita buta walaupun kita menyangka kita melihat.Ya, kita buta mata hati. Err...

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (At-Taubah:105)

Mari, didik diri berjiwa hamba.
Menjadikan dunia sebagai platform terbaik untuk bercucuk tanam bagi menuai hasil di sana kelak.
Dengan melakukan amal kebaikan serta kurniaanNya sebagai cara meraih keredhaan Yang Maha Kuasa.

Nilai jiwa hamba itu sesungguhnya adalah sesuatu something worth fighting for!

Senyum :)

Sekian...
Salam kasih sayang tanpa syarat :)


Thursday 18 April 2013

Recharge Hati

Ya Allah, Tetapkan Hati Kami Pada Mu

Rasullullah bersabda :" Sesungguhnya iman itu dijadikan di dalam diri seseorang diantara kamu sebagaimana pakaian , maka mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui" (HR Al-Thabrani).

Maksudnya iman itu dapat menjadi usang dalam hati seperti halnya pakaian yang dapat menjadi usang apabila lama dipakai.

Kawan-kawan semua, umpama telefon bimbit yang kita guna setiap hari semestinya kita sebagai pengguna akan memastikan untuk charge telefon agar kita dapat menggunakannya dengan baik.

Dan ada satu perkara juga yang kita sebagai manusia mungkin kadang-kala lupa nak recharge. Apakah itu?

Itu adalah hati. Hati ini umpama pintu. Apabila hati kita kuat dengan iman maka perkara - perkara maksiat yang ingin memasukinya pasti terhalang dek pintu yang kukuh. Namun, apabila kita membiarkan hati kita kosong maka akan mudahlah anasir hedonisme untuk menembus pintu hati kita kerana struktur pintu itu sendiri yang tidak kukuh.

Kita sendiri yang menetukan elemen yang bagaimana ingin kita masukkan dalam hati.

"Apabila hati itu tak dikawal, maka nafsulah yang akan bermaharajalela."

Jadi bagaimana nak menjaga hati ?

1)Tuntutlah ilmu.

Ilmu yang menyebabkan bertambahnya pengetahuan dan keyakinan tentang iman.

2) Mentadabbur Quran

Tadabbur itu apa maknanya?
Tadabbur itu umpama meletakkan diri kita dalam ayat Quran itu. Merasai apa yang ingin disampaikan oleh Allah melalui kalamNya.

3) Zikir dan fikir

"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

4) Memikirkan kehinaan dunia

Hadis :" Dunia ini terlaknat, dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya kecuali zikrullah dan apa yang membantunya , atau orang yang berilmu atau orang yang mencari ilmu." (Ibnu Majah)

5) Tawadhu' .
Be humble ^_^

6) Muhasabah Diri

Ada masa dalam hidup, kadangkala manusia ingin satu waktu rehat tanpa melakukan apa-apa setelah banyaknya tanggungjawab dan  kerja menantinya. Sebenarnya apa yang diperlukan yang lebih penting waktu itu adalah meletakkan satu waktu muhasabah (refleksi diri). Tanyakan pada diri kita sendiri, apakah sebenarnya yang terbaik untuk hidup dunia dan akhirat?

7) Doa

Percayalah pada kekuatan doa. Sungguh doa itu menghubungkan kita pada Allah. Luangkan masa dan luahkan apa yang ada dalam hati kita secara jelas atau sembunyi. Dia Maha Tahu dan Maha Memahami.

Sebenarnya banyak lagi ubat hati, tapi mungkin tak tersenarai dalam ni. Apa yang penting adalah satu kebaikan yang kita lakukan walau sedikit tetapi berterusan. (Istiqamah) That's da best!

Wasalam.



Thursday 14 March 2013

Ops! Ada apa dengan Cinta?

Ada banyak cinta dalam hidup.Cinta yang mana menjadi pilihan?


Pernah dengar cinta Romeo dan Juliet ataupun cinta Rose dan Jack dalam filem Titanic? Begitu mencetuskan fenomena sehingga alaf moden pun masih ada golongan yang mengagungkan pasangan ini.

Mungkin ada dalam kalangan kita cukup familliar dengan nama-nama seperti ini. Dahsyat juga apabila mendengar kisah mereka. Menyentuh perasaan dan jujur tak tipu kalau saya katakan ada yang menitis air mata apabila mengetahui kisah cinta mereka. Krik..krik..krik

Emm..mungkin ada juga yang tak tahu kisah mereka. Tak mengapa saya ceritakan serba sedikit dalam pengetahuan yang juga serba cetek ini. Romeo dan Juliet. Satu pasangan yang saling mencintai. Alkisahnya begini, satu hari Juliet merancang untuk berpura-pura mati dan berharap Romeo akan mengambilnya waktu pengebumian nanti. Namun, rancangan itu tak sampai pada pengetahuan Romeo. Jadi, apabila waktu mengetahui Juliet mati dan akan dikebumikan, Romeo begitu bersedih dan dia mengambil keputusan untuk minum racun disamping Juliet yang akan dikebumikan.

Juliet yang berpura-pura mati segera menyedari situasi berlaku . Namun, semua sudah terlambat kerana Sang Romeo sudah pun mati. Lantas tanpa berfikir panjang, Juliet mengambil keputusan yang sama untuk minum racun. Akhirnya, berakhirlah tragedi Romeo dan Juliet.

Haa..tentang Rose dan Jack pula tak kurang menariknya. Nak cerita semua panjang sangat jadi atas sebab yang demikian saya akan fokus pada plot akhir dalam filem Titanic. Tatkala semua penumpang sudah cemas apabila kapal besar itu akan tenggelam, Jack ambil keputusan untuk memastikan Rose dapat keluar dari kapal itu dengan selamat. Apabila kapal sudah tenggelam sepenuhnya, Jack memastikan Rose selamat berada di atas sekeping playwood meskipun dirinya terdedah kepada suhu yang terlalu sejuk yang menyebabkan kematiannya.

Ish...Asyiqin Arba'i kenapa awak cerita pasal cerita cinta yang macam ni?
Bukankah ada lebih banyak lagi cerita cinta islami yang boleh kita jadikan contoh!

Haha...saya belum habis cerita lagi. Apa yang saya nak katakan adalah elemen cinta itu sendiri. Apabila kita mencintai seseorang kita akan memiliki rasa untuk mendahulukan apa yang kita cintai, berkorban apa yang kita miliki dan melebihkan segalanya untuk yang dicintai.

Cahaya di atas cahaya!


Bayangkan cerita tadi begitu memiliki nilai pengorbanan dan mendahulukan apa yang disayanginya.
Cuba bayangkan kalau kita sebagai seorang muslim meletakkan rasa cinta pada Allah dan Islam.
Pastinya kita melakukan perkara dan nilai yang sama cuma target kita yang berbeza. Mereka yang saya sebutkan tadi mentargetkan pasangan mereka untuk meletakkan nilai cinta tapi kita yang bergelar hamba Allah semestinya meletakkan Allah dan agama Islam sebagai target untuk meletakkan nilai cinta yang sesungguhnya.

Sanggup berkorban masa, duit dan kepentingan diri untuk nilai cinta yang sesungguhnya! Itulah target cinta yang sebenar untuk hidup kita di dunia dan akhirat...iaitu cinta sesungguhnya pada Allah dan juga Islam.

Cinta pada Allah memang sweet dunia dan akhirat.

Wahai diri saya, awak dan kita semua apabila mencari dan ingin bercinta, jom bercinta kerana Allah. Mari kita tolong remaja di luar sana yang tersasar dalam mencari nilai cinta yang sesungguhnya. Ramai yang melakukan zina dan melahirkan anak luar nikah. Ada juga yang membuang bayi yang tak berdosa itu dimana-mana. Aduhai remajaku...jangan biar diri kita dalam cinta yang tersasar! Ya Allah lindungilah kami semua...Peliharalah diri kami dunia dan akhirat.


Uhibbuka Fillah! Sayang kerana Allah.

Uhibbuki Fillah! Sayang kerana Allah.

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR Ibnu Hibban dan Al-Hakim.

Allah sayang sangat pada kita semua!
Sweetnya! ^_^

Salam kasih sayang untuk umat islam.






Monday 11 February 2013

Tetapkan Visi Capai Produktiviti!




Jom kenal Allah dan kenal diri kita!




Assalamualaikum kawan-kawan semua,
Harapannya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Okey, kali ni tajuk sempoi tapi saya yakin bermanfaat untuk kalian dan diri saya juga.
Visi dan produktiviti !

Emm...apa kaitan antara visi dan produktiviti?

Pertama sekali,
Visi memberikan kita tujuan untuk jadi produktif.

Kedua,
Visi memberi kita arah yang jelas.

Ketiga,
Visi memberi kita fokus yang tepat.

Keempat,
Visi mengekalkan momentum untuk sentiasa bermotivasi.

Tapi apakah visi terbaik untuk mewujudkan produktiviti?

Haa...ada 3 visi terbaik yang perlu ada dalam diri manusia... (kita semua!)

1) Ikhlas hanya untuk Allah.
2) Visi untuk membantu ummah dan kemanusiaan.
3) Yang membantu mengembangkan potensi diri saya, awak dan kita semua.

Tak kiralah kita dalam lapangan apa pun asalkan apabila kita berpegang kepada 3 visi ini, inshaa Allah kita mampu mencapai produktiviti.

Ada orang tanya:

Macam mana kalau saya tak ada visi?

Gulp!

Rugilah kita sebagai hambaNya melepaskan peluang untuk mengejar kebaikan andai kita tidak menetapkan visi sebaiknya.

Apabila kita mengenal Allah dan mengenal diri kita nescaya visi itu akan menerpa jiwa dan minda kita.

Kita perlu jadi produktif :-

Apabila kita kekal produktif, kita akan mampu mengembangkan visi...
Cuba bayangkan kalau kita lemah tak bertenaga.. asyik fikir masalah,
Alamat konfim produktiviti melayang dan visi pun terbabas!

Ambil tindakan...
Banyak orang ada pelbagai keinginan tapi mereka tak ambil tindakan untuk setiap keinginan dan harapan mereka.
Akhirnya impian dan keinginan itu hanya menjadi keladak dalam diri. (Oh tidak!)

Ada idea...
Keluarkan idea itu,
Siapa tahu dari idea itu mampu membentuk nilai yang baru.

Jadi orang yang berterusan...
Berterusan untuk apa?
Haa..semestinya berterusan untuk produktif supaya visi yang ada kita mampu pegang erat-erat.

Perkongsian ini untuk saya yang masih mentah dan untuk kawan-kawan semua.

Jom kita jadi orang yang bervisi:

Dengan Allah dia bertaqwa
Dengan manusia dia berakhlak
Dalam kerja dia itqan (bersungguh dan komited)

Salam sayang tanpa syarat,

Allah sayang kita semua,

Dia dzat yang Maha Sempurna

Smile!


Thursday 10 January 2013

Dia Hero Selamanya

"Barat mendesak kami menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-penceroboh itu meninggalkan tanahair kami. Sebaliknya, menyuruh kami menyerah sahaja dan menyokong penjajahan. Pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang sebenar."

-Sheikh Ahmad Yassin-


KASIH SAYANG ITU MENGUATKAN



Siapakah Sheikh Ahmad Yassin ini?

Beliau adalah Bapa Intifadah Palestin yang meniup semangat anak-anak muda dan rakyat Palestin untuk bangkit menentang Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Jom kita telusuri peribadi beliau yang sangat menggegarkan hati dan jiwa kita sebagai seorang Muslim.

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di Wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938.

Beliau dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza tatkala pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin.

Beliau seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya dan amat disenangi oleh guru-guru. Tambahan pula, beliau juga ahli sukan yang aktif di sekolahnya. Namun pada zaman remajanya beliau telah ditimpa kemalangan sewaktuterjatuh ketika sedang melakukan riadah.

Kemalangan ini telah menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya. Yang perlu kita pelajari di sini adalah keadaannya yang lumpuh itu tidak sekali-kali menghalang beliau meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aktiviti islam.

Tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di bumi Kaherah, Mesir. Namun, pengajiannya di sana tidak sempat ditamatkan kerana beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir akibat penglibatannya dengan Ikhwanul Muslimin.

Lebih kejam lagi, beliau dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir sebelum menamatkan pengajiannya. Ujian ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan itu bagi memperjuangkan Islam dan dakwah Islam.

Kembalinya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana Sheikh Ahmad Yassin bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai seorang guru bahasa Arab dan juga khatib di sana.

Pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin merentap hati penduduk Islam seluruh dunia yang merasakan suatu kehilangan yang sangat berharga. Sesungguhnya Semenanjung Gaza menyaksikan jasa beliau sebagai pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih mendidik remaja dan para pemuda dengan didikan Islam.

Peristiwa yang merenggut nyawanya itu berlaku pada 22 Mac 2004. Beliau ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Masjid Akademi Islam selepas solat subuh.

Secara tiba-tiba, tiga buah helikopter tentera rejim zionis Israel menyerangnya dengan tiga peluru berpandu. Salah satu daripadanya jatuh tepat ke atasnya sehingga beliau menemui ajal sebagai seorang syahid .

Malah perkara yang menyentuh hati , lima minit sebelum kejadian yang berlaku , anak beliau Abdul Ghani yang juga merupakan pengiringnya yang terselamat dari serangan itu ) telah berkata pada ayahnya:

"Ayah, di luar kedengaran bunyi helikopter yang ingin memburumu..."

Lantas si ayah menjawab:

"Biarkanlah, aku juga sedang menantinya di sini!"

Beliau adalah ikon jihad Palestin di zaman moden ini. Walaupun keadaan dirinya lumpuh dan tidak mengizinkan beliau untuk turut serta bersama para mujahidin , namun itu bukanlah alasan untuk tidak menyertai usaha jihad untuk membebaskan Palestin.

Beliau menyerahkan hartanya , dirinya, dan pemikirannya untuk gerakan jihad di Palestin.

Andai Sheikh Ahmad Yassin lebih mementingkan nyawanya dan memilih untuk berada dalam keadaan selesa, nescaya beliau tidak akan pergi menunaikan solat berjemaah di masjid apatah lagi solat subuh. Jika kehidupan di dunia menjadi matlamatnya, sudah tentu beliau akan berpindah rumah ke rumah kerana takut dikesan oleh Israel.

Namun, beliau memilih untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat dan ditetapkan ajalnya telah sampai setelah beliau menunaikan Solat Subuh. Beliau menemui tuhannya yakni bertemu Allah dalam keadaan berwuduk , setelah selesai rukuk dan sujud kepadaNya.

" Dan mereka yang terbunuh di jalan Allah, amalan mereka tidak akan sia-sia. Allah akan memberi mereka petunjuk dan memperbaiki keadaan mereka dan Allah telah memasukkan mereka ke dalam Syurga yang Dia telah khabarkan (tentangnya) kepada mereka."

Surah Muhammad 4-6


Wahai teman-teman yang aku sayangi kerana Allah, janganlah kita memandang isu Palestin sekadar enteng sahaja tetapi ia adalah isu umat islam. Jangan dilupakan juga umat islam di Syria dan seluruh dunia. Janganlah kita membiarkan diri kita alpa dan lena dalam dunia kita sahaja.

"Sesungguhnya,mereka sedang lena di dalam kemabukan mereka"

Surah al-Hijr: ayat 72

Seorang penyair moden mengungkapkan tentang perihal Syeikh Ahmad Yassin:

Kerusi rodanya hanya mampu bergerak dalam ruang yang terbatas

Telah membuka di hadapanmu ufuk dan zaman yang luas

Ia (kerusi roda) telah mengajar manusia erti perlawanan dan bukannya

Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin lain) yang lari ketakutan

Dia (Syeikh) menikmati kelazatan sebuah kematian dan kebenarannya

Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan



MEMANDANGNYA MELAHIRKAN RASA KASIH SAYANG YANG KUAT


Akhir kata dariku,
Walau di mana pun kita berada ingatlah kita ada Allah.

Salam sayang untuk umat islam :)

Kasih Sayang Itu Mengeratkan...