Saturday 25 February 2012

Seimbang ke Tidak Pemikiran Kita?


Seimbang ke tidak?

Umur makin menginjak dewasa, makin banyak perkara yang perlu difikirkan.Matlamat sekarang dan pada masa yang panjang.Ada seseorang pernah mengatakan kita perlu mengatur hidup melalui perancangan awal.Pelajaran ,kerjaya, pasangan, kehidupan kita semuanya elemen penting.

Dan semua itu harus dititikberatkan kerana individu itu akan bersedia lebih awal.Jadilah seseorang yang mampu bermanfaat pada diri, keluarga , masyarakat dan yang paling penting adalah agama kita, agama Islam.Ingat tu...
Tak perlu jadi orang yang terkenal untuk berbakti tapi buatlah sesuatu meskipun dalam sekecil-kecil aspek.


Janganlah asyik fikir satu aspek sahaja dalam kehidupan.Contohnya, seseorang individu itu nak belajar saja tapi perancangan dalam aspek lain tiada.Kawan-kawan tak boleh berfikir macam itu.Ataupun fikir pasal pemilihan pasangan dalam hidup tapi aspek lain tak fikir pula.Ini pun tak betul juga.Yang penting di sini ialah keseimbangan untuk merealisasikan kehidupan yang bermakna.

Terujalah untuk menikmati kehidupan setiap hari kerana sesungguhnya dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang.Kerana waktu kita sihat dan kadang-kadang ada masa lapang inilah yang kita harus gunakan dengan sebaiknya.Oleh sebab itu, seimbangkan semua elemen kehidupan kita ya...

Kena seimbang tau macam senyuman saya ni...tak senget sebelahkan!

Thursday 23 February 2012

Sayang vs Cita-Cita



Perjalanan kita masih panjang...

Dalam dunia ni, semua orang berkejar ke sana ke mari untuk menyelesaikan urusan sehari-hari.Dan dalam masa yang sama ada juga orang yang sibuk mengejar cita-cita mereka.

Memang kita tahu dalam perjalanan impian itu, pasti ada ujian yang mendatang.Tapi siapa dapat sangka mungkin dalam perjalanan yang panjang itu kita kena tinggalkan dan lepaskan sesuatu yang kita sayang untuk teruskan cita-cita kita.

Percayalah, untuk berjaya, memang kita perlu berkorban meskipun menuntut pengorbanan hati, perasaan dan macam-macam lagi.Itu memang sesuatu yang sukar tapi ingat apabila kita buat satu langkah ke depan jangan sekali-kali kita menoleh ke belakang lagi.Yang berlalu adalah satu masa yang mustahil untuk kembali tetapi realiti adalah apa yang terbentang di hadapan kita sekarang dan akan datang.

Jadi,bersedialah untuk hari esok itu!

Monday 13 February 2012

Bila Kita Kecewa



Ada dua pilihan dalam hidup kita yang kadang-kala datang serentak dan ini membuatkan kita rasa buntu sejenak.Nak buat pilihan yang pertama, tapi hati rasa pilihan kedua yang lebih baik.Bila nak buat pilihan kedua,akal pula cakap pilihan pertama adalah yang lebih wajar.Akhirnya, kita tersekat tak boleh nak bergerak tapi bak kata orang hidup perlu diteruskan.Jadi bila nak buat keputusan ambil satu risiko yang kita tak tahu impaknya kemudian.Tapi inilah yang kita panggil sebagai kehidupan.Tak ada siapa yang tahu arah perjalanan kehidupan masing-masing.Andai ujian itu datang dalam hidup kita mungkin pilihan yang kita buat itu tak seperti yang kita jangkakan.


Walaupun kita sudah merancang dengan teliti tetapi Allah sebaik-baik Perancang dalam kehidupan kita.Mungkin kita akan ditakdirkan untuk buat pilihan yang salah sebelum dapat sesuatu yang tepat dalam kehidupan kita.Saat inilah sebenarnya yang membuatkan manusia berasa seakan-akan sedih dengan diri sendiri kerana kesilapan dalam membuat keputusan sebelum ini.Tapi percayalah,kesalahan yang pernah kita buat dalam kehidupan kita itulah yang akan menunjukkan jalan yang tepat untuk hari esok dan esok itu kita tak tahu bila sebab hidup manusia yang takdir dan perjalannya hanya Allah yang tahu.


Tipulah kalau kita katakan andai kita tersilap langkah dalam hidup kita, kita tak ada rasa sedih.Hakikatnya,pelbagai perasaan yang akan muncul dalam hidup kita,sedih,nak menangis,menyesal,rasa diri teruk sangat dan macam-macam lagi.



Kalau kita nak tahu,sebenarnya dengan kesusahan dan kepayahan yang kita alami inilah yang mampu menjadikan manusia yang lebih kuat kerana ujian tak akan pernah berhenti tapi semangat dan kekuatan dalam diri itulah yang menjadikan diri lebih sabar.Jangan ambil langkah mudah dengan menyalahkan diri atau orang lain atau apa-apa sahaja atas kesilapan yang dilakukan.



Selepas itu, apabila ada dugaan yang datang lagi terus menyerah kerana menganggap diri tak mampu dan tak layak mendapat apa-apa yang baik dalam hidup ini.Janganlah macam ini kerana percaya atau tak kita berusaha juga walaupun kita rasa kita tak mampu untuk mencapai sesuatu.Tanamkan dalam minda dan hati bahawa aku boleh dan mampu untuk menghadapi ini semua.Refleksi yang kita akan terima adalah bergantung pada pemikiran kita.Jadi, jangan berputus asa untuk teruskan kehidupan.

Friday 10 February 2012

Jom Ikut Sunnah Nabi!

Hidup Terarah dengan Quran Dan Sunnah

Hidup semakin pelik dan menakutkan apatah lagi zaman kita yang susah nak diperkatakan.Pelbagai cara dan tingkahlaku yang kadang-kala membuatkan kita berfikir..."Patut atau tidak kalau aku ikut cara seperti ini?"
Dan adakala kita buat sesuatu ikut akal sahaja.Ini pun tak boleh juga sebab kita kena ingat Allah ada tinggalkan sesuatu untuk kita sebagai panduan kehidupan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Sebenarnya kebanyakan daripada kita dah tahu akan peringatan ini tapi nama kita pun manusia. Selalu alpa. Tapi tak mengapa,yang berlalu biarkan berlalu dan yang penting ialah sekarang ini dan yang akan datang.Jangan katakan "TIDAK" untuk membuat ke arah perubahan yang lebih baik.

Kembalilah pada Islam


Manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.Oleh yang demikian cuba kita tanya pada iman kita        " Iman aku macam mana hari ini?" Jawapannya , hanya diri sendiri yang tahu. Apa-apa pun jangan abaikan tahap iman dalam hati kita.Jadi,mari kita mulakan langkah pertama dengan perbaharui niat dalam kehidupan kita.Ikutilah contoh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kerana baginda sebaik-baik contoh bagi umat manusia.

 Baginda pernah mengatakan rindu untuk berjumpa dengan saudara-saudaranya ketika beliau berkumpul bersama sahabat baginda.Lantas para sahabat bertanya bukankah kami adalah saudaramu juga.Nabi berkata sesungguhnya saudara yang dirinduinya ialah umat yang kemudian yang tidak pernah berjumpa Nabi Muhammad tetapi sangat mencintai baginda.

Sesungguhnya ulama' adalah pewaris nabi...


Meskipun Nabi Muhammad telah wafat tetapi baginda masih berhubung lagi dengan kita melalui Al-Quran yang merupakan Kitab Allah dan sunnah baginda.Bila kita nak berubah ke arah yang baik ,janganlah berubah secara drastik tetapi ambil pendekatan yang mudah dahulu dan yang penting ialah berterusan.Jadi, marilah bersama-sama mencapai cinta nabi , kekasih Allah melalui pendekatan sunnahnya dan yang paling penting berpegang teguhlah dengan Al-Quran.




Friday 3 February 2012

Katakan Anda Yakin Pada Setiap Hari



Setiap orang ada impian dan harapan dalam kehidupan.Tapi tak semua orang mampu menjadikan impian dan harapan  mereka sebagai satu yang pasti.Banyak sebab sebenarnya yang mendorong kepada kejayaan atau kegagalan seseorang itu.Apa-apa pun yang penting kita tak perlu takut kerana kita mesti yakin pada diri kita sendiri terlebih dahulu.Ramai orang berkata tentang impian mereka yang pelbagai tapi sayang kebanyakan daripada hanya berkata tapi keyakinan mereka terhadap impian mereka sebenarnya keyakinan mereka terhadap keinginan mereka pada tahap yang biasa atau sekadar buat syarat untuk ada impian dalam hidup mereka.


Jadi mulai hari ini katakan pada minda kita bahawa kita yakin dan boleh melakukan apa-apa yang kita inginkan dan jadikan sebagai satu destinasi.Setiap hari bisikkan kata - kata semangat kepada diri kita sendiri agar setiap hari kita dapat rasa hari-hari kita bersemangat dan gembira walaupun kadang-kala cabaran menghampiri kita.Percaya atau tidak tentang keyakinan diri, maka mulaikanlah hari ini agar kita dapat rasakan impak dalam kehidupan dalam diri kita.Tapi keyakinan pada diri bukan setakat tenggelam tapi sentiasa berterusan.Percayalah diri kita juga penting seperti orang lain.

Oleh itu, janganlah berasa rendah diri tapi lakukan sesuatu walaupun dari sekecil-kecil aspek dengan bersungguh-sungguh kerana kita juga orang penting dalam komuniti masyarakat.
Yakin pada diri sendiri...okey!


Lihatlah hasil kerja kita apabila kita melakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun orang tidak peduli akannya.Pasti kita akan berpuas hati walaupun mungkin hasilnya kadang-kala tidak memberangsangkan tapi apabila kita menyedari kita melakukan dengan usaha kita sendiri pasti pada detik yang lain kita akan lebih berusaha kerana ini akan membuatkan diri kita tahu kelebihan diri kita.Tapi kita jangan takut untuk mulakan langkah yang pertama dan jangan gentar untuk teruskan langkah kedua dan teruskan sampai kita mencapai impian dan harapan.

Yang penting kita mesti fikir bahawa pemikiran yang hebat ialah apabila dia mengatakan kepada dirinya bahawa "Saya yakin untuk melakukannya".Pastikan pemikiran kita jitu sebelum melakukan tindakan.Maka hasilnya pasti kita akan berasa lebih semangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi yang sangat unik ini.