Friday 10 February 2012

Jom Ikut Sunnah Nabi!

Hidup Terarah dengan Quran Dan Sunnah

Hidup semakin pelik dan menakutkan apatah lagi zaman kita yang susah nak diperkatakan.Pelbagai cara dan tingkahlaku yang kadang-kala membuatkan kita berfikir..."Patut atau tidak kalau aku ikut cara seperti ini?"
Dan adakala kita buat sesuatu ikut akal sahaja.Ini pun tak boleh juga sebab kita kena ingat Allah ada tinggalkan sesuatu untuk kita sebagai panduan kehidupan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Sebenarnya kebanyakan daripada kita dah tahu akan peringatan ini tapi nama kita pun manusia. Selalu alpa. Tapi tak mengapa,yang berlalu biarkan berlalu dan yang penting ialah sekarang ini dan yang akan datang.Jangan katakan "TIDAK" untuk membuat ke arah perubahan yang lebih baik.

Kembalilah pada Islam


Manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.Oleh yang demikian cuba kita tanya pada iman kita        " Iman aku macam mana hari ini?" Jawapannya , hanya diri sendiri yang tahu. Apa-apa pun jangan abaikan tahap iman dalam hati kita.Jadi,mari kita mulakan langkah pertama dengan perbaharui niat dalam kehidupan kita.Ikutilah contoh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kerana baginda sebaik-baik contoh bagi umat manusia.

 Baginda pernah mengatakan rindu untuk berjumpa dengan saudara-saudaranya ketika beliau berkumpul bersama sahabat baginda.Lantas para sahabat bertanya bukankah kami adalah saudaramu juga.Nabi berkata sesungguhnya saudara yang dirinduinya ialah umat yang kemudian yang tidak pernah berjumpa Nabi Muhammad tetapi sangat mencintai baginda.

Sesungguhnya ulama' adalah pewaris nabi...


Meskipun Nabi Muhammad telah wafat tetapi baginda masih berhubung lagi dengan kita melalui Al-Quran yang merupakan Kitab Allah dan sunnah baginda.Bila kita nak berubah ke arah yang baik ,janganlah berubah secara drastik tetapi ambil pendekatan yang mudah dahulu dan yang penting ialah berterusan.Jadi, marilah bersama-sama mencapai cinta nabi , kekasih Allah melalui pendekatan sunnahnya dan yang paling penting berpegang teguhlah dengan Al-Quran.




No comments:

Post a Comment