Friday 3 February 2012

Katakan Anda Yakin Pada Setiap Hari



Setiap orang ada impian dan harapan dalam kehidupan.Tapi tak semua orang mampu menjadikan impian dan harapan  mereka sebagai satu yang pasti.Banyak sebab sebenarnya yang mendorong kepada kejayaan atau kegagalan seseorang itu.Apa-apa pun yang penting kita tak perlu takut kerana kita mesti yakin pada diri kita sendiri terlebih dahulu.Ramai orang berkata tentang impian mereka yang pelbagai tapi sayang kebanyakan daripada hanya berkata tapi keyakinan mereka terhadap impian mereka sebenarnya keyakinan mereka terhadap keinginan mereka pada tahap yang biasa atau sekadar buat syarat untuk ada impian dalam hidup mereka.


Jadi mulai hari ini katakan pada minda kita bahawa kita yakin dan boleh melakukan apa-apa yang kita inginkan dan jadikan sebagai satu destinasi.Setiap hari bisikkan kata - kata semangat kepada diri kita sendiri agar setiap hari kita dapat rasa hari-hari kita bersemangat dan gembira walaupun kadang-kala cabaran menghampiri kita.Percaya atau tidak tentang keyakinan diri, maka mulaikanlah hari ini agar kita dapat rasakan impak dalam kehidupan dalam diri kita.Tapi keyakinan pada diri bukan setakat tenggelam tapi sentiasa berterusan.Percayalah diri kita juga penting seperti orang lain.

Oleh itu, janganlah berasa rendah diri tapi lakukan sesuatu walaupun dari sekecil-kecil aspek dengan bersungguh-sungguh kerana kita juga orang penting dalam komuniti masyarakat.
Yakin pada diri sendiri...okey!


Lihatlah hasil kerja kita apabila kita melakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun orang tidak peduli akannya.Pasti kita akan berpuas hati walaupun mungkin hasilnya kadang-kala tidak memberangsangkan tapi apabila kita menyedari kita melakukan dengan usaha kita sendiri pasti pada detik yang lain kita akan lebih berusaha kerana ini akan membuatkan diri kita tahu kelebihan diri kita.Tapi kita jangan takut untuk mulakan langkah yang pertama dan jangan gentar untuk teruskan langkah kedua dan teruskan sampai kita mencapai impian dan harapan.

Yang penting kita mesti fikir bahawa pemikiran yang hebat ialah apabila dia mengatakan kepada dirinya bahawa "Saya yakin untuk melakukannya".Pastikan pemikiran kita jitu sebelum melakukan tindakan.Maka hasilnya pasti kita akan berasa lebih semangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi yang sangat unik ini.

1 comment:

  1. sangat suka dengan statement``Percayalah diri kita juga penting seperti orang lain''. in shaa Allah..

    ReplyDelete