Monday 13 February 2012

Bila Kita Kecewa



Ada dua pilihan dalam hidup kita yang kadang-kala datang serentak dan ini membuatkan kita rasa buntu sejenak.Nak buat pilihan yang pertama, tapi hati rasa pilihan kedua yang lebih baik.Bila nak buat pilihan kedua,akal pula cakap pilihan pertama adalah yang lebih wajar.Akhirnya, kita tersekat tak boleh nak bergerak tapi bak kata orang hidup perlu diteruskan.Jadi bila nak buat keputusan ambil satu risiko yang kita tak tahu impaknya kemudian.Tapi inilah yang kita panggil sebagai kehidupan.Tak ada siapa yang tahu arah perjalanan kehidupan masing-masing.Andai ujian itu datang dalam hidup kita mungkin pilihan yang kita buat itu tak seperti yang kita jangkakan.


Walaupun kita sudah merancang dengan teliti tetapi Allah sebaik-baik Perancang dalam kehidupan kita.Mungkin kita akan ditakdirkan untuk buat pilihan yang salah sebelum dapat sesuatu yang tepat dalam kehidupan kita.Saat inilah sebenarnya yang membuatkan manusia berasa seakan-akan sedih dengan diri sendiri kerana kesilapan dalam membuat keputusan sebelum ini.Tapi percayalah,kesalahan yang pernah kita buat dalam kehidupan kita itulah yang akan menunjukkan jalan yang tepat untuk hari esok dan esok itu kita tak tahu bila sebab hidup manusia yang takdir dan perjalannya hanya Allah yang tahu.


Tipulah kalau kita katakan andai kita tersilap langkah dalam hidup kita, kita tak ada rasa sedih.Hakikatnya,pelbagai perasaan yang akan muncul dalam hidup kita,sedih,nak menangis,menyesal,rasa diri teruk sangat dan macam-macam lagi.



Kalau kita nak tahu,sebenarnya dengan kesusahan dan kepayahan yang kita alami inilah yang mampu menjadikan manusia yang lebih kuat kerana ujian tak akan pernah berhenti tapi semangat dan kekuatan dalam diri itulah yang menjadikan diri lebih sabar.Jangan ambil langkah mudah dengan menyalahkan diri atau orang lain atau apa-apa sahaja atas kesilapan yang dilakukan.



Selepas itu, apabila ada dugaan yang datang lagi terus menyerah kerana menganggap diri tak mampu dan tak layak mendapat apa-apa yang baik dalam hidup ini.Janganlah macam ini kerana percaya atau tak kita berusaha juga walaupun kita rasa kita tak mampu untuk mencapai sesuatu.Tanamkan dalam minda dan hati bahawa aku boleh dan mampu untuk menghadapi ini semua.Refleksi yang kita akan terima adalah bergantung pada pemikiran kita.Jadi, jangan berputus asa untuk teruskan kehidupan.

No comments:

Post a Comment