Monday 30 January 2012

Ujian Sebagai Tanda Cinta Allah Buat Kita

Dalam hidup manusia, kita seringkali tak sedar Allah sentiasa di sisi kita.Terutama apabila diri kita menghadapi musibah yang kita rasa berat walhal Allah lebih tahu kemampuan hambaNya. Kadang-kala selalu rasa kerdil kerana rasa kekurangan bila berhadapan dengan masalah.Rasa masalah tu terlalu berat sampai satu saat kita biar diri kita sedih sampai tak nampak Dia di sisi kita.Apabila tengok orang yang lebih susah barulah sedar realiti kehidupan sendiri.Makin menginjak dewasa dan pengalaman sentiasa berkunjung tiba barulah rasa pentingnya ujian dan cabaran dalam diri kita supaya kita lebih akrab denganNya.

Sesungguhnya orang yang paling banyak ujian, itulah orang yang di cintaiNya.Makin banyak belajar makin tinggi keazaman untuk jadi orang yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan paling penting sekali terhadap agama kita.Buat dengan bersungguh-sungguh dan paksa diri untuk buat semua benda.Yang paling penting buat satu persatu perkara dan buat sampai itqan.Rasa seronok sangat bila rasa Allah dekat dengan kita tapi yang paling penting kita kena bersabar sebab ujian Allah ada di mana-mana dan selalu kita ingatkan diri supaya sedar ujian itu adalah satu sebab untuk kita bertambah dekat dengan Dia.


Bila dapat makan nasi pun rasanya macam sedap sangat walaupun tiada lauk sebab rasa anugerah Allah datang kepada kita walaupun daripada aspek yang kecil.Bila dapat belajar sekarang rasa seronok sangat sebab dapat peluang belajar ilmu Allah yang sangat luas.Bila orang kritik senyum selalulah kerana ada sesuatu dalam diri kita yang perlu kita perbaiki.Ingat kritikan itu dapat membina peribadi.Tapi, janganlah kalau ada orang puji marah pada orang tu pula.Bila rasa mengantuk rasa bahagia sangat sebab Allah bagi peluang kepada kita untuk berehat.Tapi bukanlah setiap masa kita nak mengantuk saja.Memang betul sememangnya kebahagiaan dan kegembiraan selalu ada untuk kita.

No comments:

Post a Comment