Sunday 18 March 2012

Apa Erti Istiqamah Sebenarnya?

Dari dulu, Sakinah fikir bahawa istiqamah adalah melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Dengan keyakinannya yang tinggi dia ingin menjadi seorang yang istiqamah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Tapi, selepas menghadiri dalam satu sesi diskusi baru dia sedar bahawa pemahamannya terhadap nilai istiqamah itu tidak tepat. Istiqamah itu bukan sahaja melakukan sesuatu secara berterusan tetapi dalam masa yang sama juga memerlukan peningkatan kualiti setiap hari bukan buat sesuatu berterusan tapi mendatar sahaja tak ada peningkatan kualiti.


Rupanya, dalam hidup ini makin Sakinah mencari makin Sakinah sedar ada banyak perkara yang dia tak tahu.Kata-kata ustaz di sekolah rendah kembali terngiang-ngiang di telinga Sakinah.Dulu dia tak ambil endah namun kini dia sedar dia harus sedar bahawa meski matanya memandang langit tapi kaki tetap memijak bumi.


"Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kejahilan yang kita akan rasa".Kata-kata itu tersemat dalam mindanya.Sungguh bumi ini luas dan pergunakan sebaiknya untuk mencari ilmu.


No comments:

Post a Comment