Tuesday 5 June 2012

Setiap hari adalah untuk belajar...






Dari kecil sampai besar hidup penuh dengan pelajaran dan pembelajaran. Tapi sayang kerana kadangkala untuk satu ketika kita lupa dan alpa tujuan dan fungsi kita untuk mengaplikasikan segala yang kita dah belajar. Saat ini mungkin kita akan rasa mudah untuk putus asa kerana rasa kekurangan sesuatu. Sayang sekali kerana kita lupa saat ini bahawa tuhan bersama kita.

Manusia menjadi hebat , menjadi manusia yang kuat pada hari ini kerana Allah ada bersama dengan kita setiap masa. Rasakan perasaan ini supaya kita tak mudah mengalah apabila cabaran dan ujian itu datang dalam hidup kita. Jangan sekali-kali merasa kita rasa akan jatuh dan berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa untuk hambaNya.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia kita yang sementara ini. Justeru, janganlah merasa bahawa diri kita tidak layak untuk mendapat rahmatNya apabila kita tersilap langkah kerana ujian sentiasa melalui dalam putaran paksi kehidupan kita. Dan melalui ujian inilah kita membersihkan diri kita kembali dari segala khilaf dan dosa serta segera kembali padaNya.

No comments:

Post a Comment