Monday 26 December 2011

Jangan Pernah Berhenti

Kejayaan satu mimpi yang pasti bagi yang berusaha.....
mimpi tak akan datang bergolek...
berusaha dan jangan putus asa...
kesakitan dalam mencapai mimpi adalah cabaran yang mesti kau hadapi...

Setiap orang pasti ada mimpi dalam hidup mereka...mungkin mimpi yang biasa atau yang di luar jangkaan.Orang lain tak akan tahu apa yang ada dalam mimpi kita kerana cuma kita yang tahu.Orang boleh berkata apa sahaja terhadap mimpi yang kita nak capai.Mungkin ada yang anggap mimpi kita adalah sesuatu yang  mustahil tapi dalam hidup ni peluang itu mungkin datang sekali.Kejar dan tangkap mimpi itu dan jangan biarkan ia pergi.Jadikan mimpi sebagai satu realiti.Kita tak dapat nak jangka hidup ini.Mungkin kadangkala kita akan rasa kekurangan , kehilangan dan kesedihan.

Jadikan mimpi itu satu realiti

Tapi hidup untuk hari esok adalah satu anugerah. Mungkin hari esok adalah ruang dan peluang. Sebab itu,jangan kita pernah berhenti sebab hidup sentiasa berjalan. Mungkin kita akan terlepas sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Tapi tak bermakna kita gagal sebab manusia sebenarnya tak dilahirkan untuk gagal. Bila kita kekurangan sesuatu itu sebenarnya adalah kelebihan kita.Jangan anggap kekurangan itu sebagai sebab untuk kita jatuh tetapi anggap itulah salah satu cabaran yang membuatkan kita untuk berdiri macam orang lain. Jangan pernah mengalah dan jangan pernah berhenti dan jangan takut untuk bangun apabila kita jatuh kerana hidup kita cuma sekali. Hanya sekali. Jadikannya penuh bererti dalam hidup kita sehari-hari.Dan jangan berpaling kerana semalam adalah waktu yang tak akan kembali.Tolong..jangan pernah berhenti...

Kesusahan bukan halangan...
Hidup bukan setakat untuk berjaya dalam pelajaran atau kerjaya...
tetapi  juga dalam kehidupan...
dunia dan akhirat...

Tak ada orang bodoh dalam dunia kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Sebenarnya orang yang bodoh itu ialah orang yang tidak menghargai kelebihan diri dan anugerah dalam hidupnya.Jangan putus asa jika anda tidak berjaya dalam pelajaran kerana mimpi itu terlalu banyak dan jangan takut utk teruskan mimpi sampai jadi nyata.

No comments:

Post a Comment