Tuesday 27 December 2011

Cinta Lembayung Hijau

MANUSIA-Alam yang dinikmati hari-hari, semakin hari semakin lenyap keindahannya.Tangan siapakah yang merubahnya.Tipulah sekiranya manusia mengatakan tidak tahu.Manusia ciptaan Al-Khaliq yang paling unik pasti tahu jawapannya.Kita ini kejamkah. Bukan kejam tapi sebenarnya terlalu kejam.Tidak cukup apa yang ada dalam kehidupan kita sampai tangan kita sendiri yang merosakkan alam.Janganlah menuding jari kepada sesiapa tapi tuding jari pada diri kita sendiri kerana memang kita puncanya.Kita tidak sedar dalam masa kita membinasakan alam sebenarnya kita membinasakan diri kita sendiri.

Pokok yang menghijau pupus di tangan kita sendiri....




Keuntungan apa yang kita dapat apabila kita memusnahkan hidupan lain.Manusia memang kejam dan tidak akan pernah merasa cukup.Udara yang dulunya segar kini hilang entah ke mana.Kehijauan yang di damba kini semakin punah warnanya.Aku terlalu rindukan kehijauan itu.Terlalu rindu.Mungkin aku juga kejam kerana membiarkan tangan manusia yang liar memusnahkannya sedangkan aku cuma mampu melihat.Ya, sebenarnya aku yang lebih kejam kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Aku cuma terpaku dan memerhati tanpa kata.Memang aku sebahagian daripada manusia yang kejam itu. Alam, maafkan aku.Sungguh aku tak ingin kehijauan itu hilang dari pandangan.Dan aku mahu angin lembut yang menderu sentiasa datang menemani hidup manusia.Tapi sayang ..hidupan  yang bernama manusia tidak mahu memahami dan tak akan pernah mengerti jeritan alam ini....


Tidakkah manusia mendengar alam ini kesakitan!



ALAM-Kalau dulu memang kehijauan sentiasa terbentang luas.Tiada siapa yang dapat menafikan dan tiada siapa mampu menolak hakikat alam sebahagian dari kehidupan manusia.Tapi itu dulu...suatu masa yang tidak mungkin dan mustahil untuk kembali.Manusia sedarlah..alam kini sedang menangis dan menjerit.Tapi sayang manusia tak akan pernah dapat mendengar bahawa alam kini sedang sakit...melihat flora dan fauna semakin pupus di atas planet yang bernama bumi.

Lihat betapa cantiknya Bumi kita dari luar tapi pada hakikatnya...


Marilah buang sampah di tempat yang sepatutnya!

Siapa ada peluang untuk selamatkan Bumi, jangan lepaskan peluang,
Mari selamatkan Bumi Kita!!!

No comments:

Post a Comment