Monday, 9 July 2012
Apa Warna Kamu?
Apa warna kamu?
Haa...apa maksud soalan ini?
Pernah kita tanya apa warna sebenar kita sebagai seorang Muslim dan apa warna yang sepatutnya yang ada dalam diri kita sebagai umat yang Allah katakan sebagai umat pertengahan ini?
Colourless...
Ya, itulah warna kita yang sebenar dan yang sepatutnya.
Aduh, makin tak faham...
Tak mengapa cuba telusuri analogi ini...
Pelangi cantik bukan. Untuk menghasilkan warna pelangi yang indah kita tak memerlukan elemen warna- warni itu. Sebagai contoh yang sangat dekat, kejadian pelangi terhasil apabila cahaya terbias dari titik air di udara yang pada hakikatnya kita sendiri tak nampak ( colourless) tetapi akhirnya mewujudkan warna-warna pelangi yang sangat menarik.
Begitulah nilai Islam dalam diri setiap Muslim yang tidak kelihatan namun impaknya kita boleh lihat melalui keindahannya dalam akhlak, perbuatan dan percakapan yang begitu menunjukkan bahawa Islam sangat cantik dan tersusun.
Jadikanlah colourless sebagai medium dalam diri kita sebagai hamba Allah supaya kita dapat melihat dan merasai betapa indah dan cantiknya agama Islam ini.
Sunday, 24 June 2012
Islah Setiap Hari
Dah masuk bulan Syaaban dan bakal menempuh ramadhan tak lama lagi. Kita pegang 10 Muwasofat Tarbiyyah untuk sentiasa kita memperbaiki diri .
10 muwasofat tarbiyyah:
1) Qawiyul Jismi ( Kuat Tubuh Badan)
2) Salimul Aqidah ( Aqidah yang sejahtera)
3) Matinul Khuluk ( Akhlak yang mantap)
4) Qadiran Alaa Qasbi ( Mampu berdikari)
5) Mutsaqqatal Fikri ( Berpengetahuan luas)
6) Mujahadah Alaa Nafsi ( Melawan Hawa Nafsu)
7) Munazzamun Fii Syuunihi ( Tersusun dalam Urusan)
8) Sahihul Ibadah ( Ibadah yang betul)
9) Haarithun alaa waktihi ( menjaga waktu)
10) Nafi'un Lighairihi ( Berguna untuk Orang Lain)
Saturday, 9 June 2012
Kita Perlu Buat Sesuatu Guys
Hari adalah lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Mari sama-sama bantu masyarakat kita yang hampir-hampir tenggelam. Kaca mata ini melihat masyarakat pada hari dan zaman ini memang hebat namun sayang ada sesuatu virus yang merosakkan masyarakat tanpa kita sedar atau kita sedar tapi kita melihat tanpa sebarang tindak balas.
Penzinaan, buang anak , dan macam-macam lagi yang diluar jangkaan. Kalau sebelum ini, kita membaca pada dada akhbar tentang bayi di buang dalam tong sampah, dalam sungai tetapi dewasa ini membawakan isu dan pemikiran generasi sekarang yang tega untuk blender anak hasil perbuatan zina dan pelbagai cara lain yang sungguh di luar perikemanusiaan.
Rasulullah bersabda:
" Umatku sentiasa dalam kebaikan selagi anak hasil zina menyebar di tengah mereka. Jika anak hasil zina menyebar di tengah mereka lalu mereka ragu, maka Allah melingkupi mereka dengan seksa"
( Diriwayatkan Ahmad)
Mari kita menghulurkan tangan dan berganding bahu untuk membantu masyarakat. Mereka memerlukan kita. Kalau baru hendak bermula jangan risau dan sedih sekiranya kerja kita tidak dapat berjalan dengan baik. Ingat Allah melihat usaha hambaNya :-)
Kita umat Islam mesti selamatkan nilai Islam atas bumi ini meskipun dari sekecil-kecil aspek. Sesungguhnya Islam memelihara umatnya daripada perbuatan sumbang dan keburukan yang berlaku seperti sabda Nabi SAW:
"Jika muncul zina dan riba di sebuah negeri, bererti mereka telah menghalalkan seksa Allah bagi diri mereka"
( Diriwayatkan al-Hakim)
Ayuh teman kita mulakan langkah hari ini. Islam adalah cara dan jalan kehidupan manusia yang sebenar-benarnya.
Tuesday, 5 June 2012
Setiap hari adalah untuk belajar...
Dari kecil sampai besar hidup penuh dengan pelajaran dan pembelajaran. Tapi sayang kerana kadangkala untuk satu ketika kita lupa dan alpa tujuan dan fungsi kita untuk mengaplikasikan segala yang kita dah belajar. Saat ini mungkin kita akan rasa mudah untuk putus asa kerana rasa kekurangan sesuatu. Sayang sekali kerana kita lupa saat ini bahawa tuhan bersama kita.
Manusia menjadi hebat , menjadi manusia yang kuat pada hari ini kerana Allah ada bersama dengan kita setiap masa. Rasakan perasaan ini supaya kita tak mudah mengalah apabila cabaran dan ujian itu datang dalam hidup kita. Jangan sekali-kali merasa kita rasa akan jatuh dan berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa untuk hambaNya.
Tiada manusia yang sempurna dalam dunia kita yang sementara ini. Justeru, janganlah merasa bahawa diri kita tidak layak untuk mendapat rahmatNya apabila kita tersilap langkah kerana ujian sentiasa melalui dalam putaran paksi kehidupan kita. Dan melalui ujian inilah kita membersihkan diri kita kembali dari segala khilaf dan dosa serta segera kembali padaNya.
Thursday, 10 May 2012
Syam is calling!
Bumi yang diberkahi. Syam. Syria. Nama yang berbeza tapi merujuk pada tempat yang sama. Aku tak pernah jejak kaki tempat itu. Tapi dalam hati tersimpan niat untuk pergi ke sana. Harap Dia memakbulkan impianku. Amin.
Aku ingin sentuh tanahnya. Aku ingin rasa kesejukan airnya. Dan paling penting aku ingin hidu bau sejarah yang mewangi di bumi Syam.
Aku tak pernah memahami perasaan yang mereka alami dan aku tak tahu macam mana? Dan bagaimana? Sampai satu saat aku melihat satu movie yang touch hati aku. Then, secara tiba-tiba akal aku menerjah satu gambaran...menjadikan kesedihan itu menjadi dua dimensi. Apakah aku patut touching dengan cerita yang aku tonton yang cuma pada hakikat visual sahaja...sedangkan secara realiti rakyat Syam di sana menangis kerana kekejaman pemerintahnya yang zalim tahap tertinggi.
U know what? Aku tak tahu macam mana aku boleh secara tiba-tiba terfikir pasal Syam. Mungkin sebab aku tahu pasal mereka tapi aku tak faham. Mengetahui dan memahami itu dua perkara yang berbeza. Ingat!
And, thats time aku realize memahami kesedihan itu bukan setakat melihat tapi meletakkan diri kita di tempat mereka. Tak paham ke? Okey, easy sentence. Kita menghayati nilai sebenar kesedihan mereka. Emm, seperti aku tadi yang begitu menghayati movie yang di tonton sampai aku pun turut touching bila part sedih. Di sinilah nilai memahami dan menghayati itu berperanan. Dan paling penting kita letakkan nilai-nilai ini pada tempat yang betul.
Keberkatan Syam ini disebut dalam Quran yang mulia.
Dan daripada mafhum Al-Quran berbunyi:
Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu) dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman.
|
Friday, 4 May 2012
Our target please!!!

Perlu sgt ke target dalam hidup ni? Kalau buat pun belum tentu dapat jadikannya kenyataan ( akal jahat menghasut) Isy...kenapa nak salahkan akal pula ni...! ( dh konfius dah salah siapa ni...Adoi! ) . Ada orang pernah berkata pada aku ( si budak hingusan lagi ni)... kalau nak jadi baik dan berubah ke arah kebaikan mesti ada niat dulu kalau tak ada niat memang tak jadi ( niat tu penting!).
Target dalam hidup kita pun sangat penting ( dulu...aku tak hairan sgt pasal ni :-( ) . Apabila dah makin dewasa baru nak sedar. Tapi aku tahu selagi ada masa selagi itulah aku belum terlewat. Kawan-kawan di luar sana harap dapat jumpa target dan destinasi yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Sebelum berakhir, saya titipkan satu mafhum daripada ayat Al-Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah Hud, ayat 23)
Sama-samalah kita mencari erti sebenar hidup yang sementara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)