Monday, 30 January 2012

Reload my iman and refresh my islam


"I'm not worried about myself because my situations always need me  to do jihad and insya-Allah heaven waiting for me.But, I really worried about you guys because all of you like a muslim on the piece of paper."

Ungkapan ini dibicarakan oleh salah seorang Mujahid di Palestin tentang perasaan dirinya sepanjang hidup berada di bumi Palestin dan pandangan terhadap Muslim di luar sana.Kata-kata beliau memberi satu rasa yang sukar diungkapkan.Tak tahu bagaiman mahu menyatakan tentang kehidupan seorang Muslim yang sewajarnya mengikut landasan agama yang betul.Hal ini kerana, zaman ini seakan-akan yang wujud cuma Islam pada nama.

Kita mesti sedar kehidupan Muslim yang sewajarnya sebab kita adalah seorang Muslim dalam diri bukan pada nama.Carilah agama apa-apa pun dalam dunia ini tapi ingatlah bahawa agama di sisi Allah adalah Islam. Dan tiada yang lebih tinggi dari itu.Tahukah bahawa saat ini negara Palestin yang tinggal cuma di kerajaan Hamas iaitu Gaza.Manakala yang selebihnya sudah dirampas oleh negara Israel.Kira-kira keluasan Gaza adalah sebesar Negeri Sembilan.Tapi apa yang menarik ialah sampai ke hari ini Israel belum mampu untuk menakluki keseluruhan Palestin.

 Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel yang pernah menjadi tawanan di Palestin (sekarang telah dibebaskan), dia mengatakan ada suatu ketika mereka melihat segerombolan askar Palestin dan tentera Israel segera melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka namun apabila habis tembakan dilepaskan mereka mendapati tiada sesiapa di situ.Tambahan lagi, dia mengatakan ada waktu tertentu dia melihat ramai rakyat Palestin dalam kelompok yang besar memakai baju yang putih.Padahal hakikatnya, di Palestin sukar untuk menjumpai orang yang memakai baju putih kerana kebanyakan mereka memakai baju yang sudah lusuh.Sesungguhnya,segala pengetahuan cuma di sisi Allah.


Dan budak-budak di Palestin adalah sangat hebat sebenarnya dari segi peribadi dan akhlak mereka jika dibandingkan dengan budak-budak lain di dunia.Bayangkan apabila mereka di beri satu coklat mereka tidak akan makan sendiri tetapi dia akan memanggil kawan-kawan mereka sambil menunjukkan coklat yang diterima agar mereka dapat makan bersama walaupun pada kadar yang sangat sedikit.Selain itu,mereka turut menghafal Al-Quran dari usia yang muda.Dan paling menakjubkan mereka dapat menghafal Quran dalam masa 4 bulan.Dan rekod yang pernah dicatatkan ialah dua bulan.Masya-Allah.Sungguh hebat rakyat Palestin.

Mari kita reload our iman dan refresh our islam setiap masa.Orang cakap melalui mulut memang senang tapi praktikal hanya diri sendiri yang tahu.Jadi janganlah jadikan itu sebagai alasan tapi mari kita mulakan langkah kita saat ini.untuk menjadi Muslim seperti rakyat Palestin.Uhibbukum fillah.

Sumber:Forum Palestine And You
Isnin 6 Rabiul Awwal /30 Januari 2012





Ujian Sebagai Tanda Cinta Allah Buat Kita

Dalam hidup manusia, kita seringkali tak sedar Allah sentiasa di sisi kita.Terutama apabila diri kita menghadapi musibah yang kita rasa berat walhal Allah lebih tahu kemampuan hambaNya. Kadang-kala selalu rasa kerdil kerana rasa kekurangan bila berhadapan dengan masalah.Rasa masalah tu terlalu berat sampai satu saat kita biar diri kita sedih sampai tak nampak Dia di sisi kita.Apabila tengok orang yang lebih susah barulah sedar realiti kehidupan sendiri.Makin menginjak dewasa dan pengalaman sentiasa berkunjung tiba barulah rasa pentingnya ujian dan cabaran dalam diri kita supaya kita lebih akrab denganNya.

Sesungguhnya orang yang paling banyak ujian, itulah orang yang di cintaiNya.Makin banyak belajar makin tinggi keazaman untuk jadi orang yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan paling penting sekali terhadap agama kita.Buat dengan bersungguh-sungguh dan paksa diri untuk buat semua benda.Yang paling penting buat satu persatu perkara dan buat sampai itqan.Rasa seronok sangat bila rasa Allah dekat dengan kita tapi yang paling penting kita kena bersabar sebab ujian Allah ada di mana-mana dan selalu kita ingatkan diri supaya sedar ujian itu adalah satu sebab untuk kita bertambah dekat dengan Dia.


Bila dapat makan nasi pun rasanya macam sedap sangat walaupun tiada lauk sebab rasa anugerah Allah datang kepada kita walaupun daripada aspek yang kecil.Bila dapat belajar sekarang rasa seronok sangat sebab dapat peluang belajar ilmu Allah yang sangat luas.Bila orang kritik senyum selalulah kerana ada sesuatu dalam diri kita yang perlu kita perbaiki.Ingat kritikan itu dapat membina peribadi.Tapi, janganlah kalau ada orang puji marah pada orang tu pula.Bila rasa mengantuk rasa bahagia sangat sebab Allah bagi peluang kepada kita untuk berehat.Tapi bukanlah setiap masa kita nak mengantuk saja.Memang betul sememangnya kebahagiaan dan kegembiraan selalu ada untuk kita.

Wednesday, 25 January 2012

KESUKARAN SEBAGAI SUMBER KEKUATAN

Jatuh, jatuh dan jatuh lagi.Sakitnya bila kita jatuh hanya Allah yang tahu.Ya...memang betul cuma Allah yang tahu.Tapi pendapat mana yang kata kita tak boleh bangkit lagi.Kadang-kala memang sukar untuk kita bangkit tapi kita perlu untuk bangkit sebab ada sesuatu yang menunggu kita bila kita berusaha sekali lagi.


Iaitu kejayaan dan matlamat yang ingin kita capai.Memang ia akan selalu tunggu kita.Mungkin kadang-kala bukan rezeki kita untuk mencapai matlamat dalam masa yang ditetapkan.Percayalah sebenarnya Allah bagi sesuatu kesukaran atau keburukan kerana dengan cara itu kita akan bertambah dekat denganNYA.Mungkin kalau kita dapat sesuatu dengan mudah kita akan mudah alpa dengan kejayaan yang kita kecapi.Ujian dariNYA membuat kita lebih kuat dan bertambah kuat.Letakkan keyakinan dalam hati untuk selalu pada Dia Yang Maha Kuasa.

Cubalah kerana kita tak kan tahu kalau kita tidak mencubanya.Percayalah Allah selalu ada untuk hambaNya.Dan sentiasa ada...

Wednesday, 4 January 2012

Ucapkanlah Kata-Kata Yang Baik

Bahasa Jiwa Bangsa. Peribahasa yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat melayu sepanjang zaman.Tapi setakat dengar pun tiada guna dan kalau lihat komunikasi anak muda zaman sekarang seakan-akan hilang jati diri anak melayu dan yang lebih utama lagi sebagai orang islam. Banyak situasi masa kini yang sebenarnya membimbangkan terhadap generasi kaum muda kerana kaum inilah yang akan membangun dan menyambung warisan zaman-berzaman.Tapi salahkah kalau kita menyatakan bahawa kaum tua sebenarnya kadang-kala turut menjadi salah satu faktor yang menyebabkan anak muda abad moden ini menjadi kurang diajar terhadap bahasa sendiri sehingga lahirnya bahasa yang kurang sedap di dengar atau yang lebih tepat bahasa kurang ajar.


Kehidupan hari ini yang semakin ketandusan bahasa.

Situasi yang paling mudah digambarkan ialah di pasar , seorang isteri diherdik oleh suaminya dengan mengatakan isterinya bodoh di hadapan khalayak ramai.Hal ini kerana si isteri tersilap mengambil barang yang hendak di beli oleh si suami. Di samping itu terdapat kelibat anak mereka di belakang yang hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat keadaan kedua orang tuanya.Mungkin ada yang berfikir wujudkah fenomena seperti ini? Jawapannya memang ada malah mungkin ada yang lebih dahsyat.Renung-renungkanlah...


Berbicara menggunakan perkataan yang baik walau dimana sahaja berada.
Hubungan yang baik bermula dari kata-kata ...


Kita mesti gunakan perkataan yang baik kerana bukankah perkataan yang baik itu tuntutan dalam agama.Kawan-kawan, sebenarnya kita memang tak dapat tahu apa yang dirasai oleh seseorang dalam hatinya.Mungkin kadang-kala ucapan kita mungkin menyakitkan hatinya.Siapalah yang tahu!Di sini bukanlah kita mesti terlalu skema apabila bercakap dengan orang.Tapi siapa yang dapat aplikasi Bahasa Melayu dengan betul semestinya kita perlu tabik dan janganlah memperlekehkannya.Bukan senang zaman sekarang nak jumpa orang yang memperkasa bahasa melayu kita.Asalkan yang penting kita perlu tahu cara dan adab kita apabila bercakap dengan orang lain tidak kira tua atau muda.

Hubungan yang baik dapat dipelihara melalui kata -kata yang berhemah.

Tidak semestinya bahasa melayu sahaja kita perlu jaga penggunaannya dalam komunikasi tetapi bahasa lain pun tidak turut ketinggalan seperti bahasa inggeris atau bahasa cina atau bahasa tamil atau bahasa jerman atau bahasa jepun dan bermacam-macam lagilah.Kalau nak sebut semua bahasa, alamat satu muka surat ni pun tak cukup.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengucapkan kata-kata yang baik setiap masa.Sesungguhnya, keindahan bangsa terletak pada bahasanya.Jangan lupa!

Tuesday, 27 December 2011

Cinta Lembayung Hijau

MANUSIA-Alam yang dinikmati hari-hari, semakin hari semakin lenyap keindahannya.Tangan siapakah yang merubahnya.Tipulah sekiranya manusia mengatakan tidak tahu.Manusia ciptaan Al-Khaliq yang paling unik pasti tahu jawapannya.Kita ini kejamkah. Bukan kejam tapi sebenarnya terlalu kejam.Tidak cukup apa yang ada dalam kehidupan kita sampai tangan kita sendiri yang merosakkan alam.Janganlah menuding jari kepada sesiapa tapi tuding jari pada diri kita sendiri kerana memang kita puncanya.Kita tidak sedar dalam masa kita membinasakan alam sebenarnya kita membinasakan diri kita sendiri.

Pokok yang menghijau pupus di tangan kita sendiri....




Keuntungan apa yang kita dapat apabila kita memusnahkan hidupan lain.Manusia memang kejam dan tidak akan pernah merasa cukup.Udara yang dulunya segar kini hilang entah ke mana.Kehijauan yang di damba kini semakin punah warnanya.Aku terlalu rindukan kehijauan itu.Terlalu rindu.Mungkin aku juga kejam kerana membiarkan tangan manusia yang liar memusnahkannya sedangkan aku cuma mampu melihat.Ya, sebenarnya aku yang lebih kejam kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Aku cuma terpaku dan memerhati tanpa kata.Memang aku sebahagian daripada manusia yang kejam itu. Alam, maafkan aku.Sungguh aku tak ingin kehijauan itu hilang dari pandangan.Dan aku mahu angin lembut yang menderu sentiasa datang menemani hidup manusia.Tapi sayang ..hidupan  yang bernama manusia tidak mahu memahami dan tak akan pernah mengerti jeritan alam ini....


Tidakkah manusia mendengar alam ini kesakitan!



ALAM-Kalau dulu memang kehijauan sentiasa terbentang luas.Tiada siapa yang dapat menafikan dan tiada siapa mampu menolak hakikat alam sebahagian dari kehidupan manusia.Tapi itu dulu...suatu masa yang tidak mungkin dan mustahil untuk kembali.Manusia sedarlah..alam kini sedang menangis dan menjerit.Tapi sayang manusia tak akan pernah dapat mendengar bahawa alam kini sedang sakit...melihat flora dan fauna semakin pupus di atas planet yang bernama bumi.

Lihat betapa cantiknya Bumi kita dari luar tapi pada hakikatnya...


Marilah buang sampah di tempat yang sepatutnya!

Siapa ada peluang untuk selamatkan Bumi, jangan lepaskan peluang,
Mari selamatkan Bumi Kita!!!

Bangun Dari Mimpi

Hidup dan masa adalah sahabat.Tak akan pernah berhenti dan akan selalu berjalan melewati dekad.Cuma penghuni dalam planet kehidupan ini yang selalu alpa.Nama pun manusia.Tak ada siapa dapat menafikan fitrah kita.Siapa kata hidup itu mudah.Dan siapa kata hidup itu susah.Pilihan kehidupan itu di tangan kita.Jangan kita biar masa itu berlalu dan kita masih di takuk lama.Siapa kata penoreh getah tak boleh berjaya.Siapa kata petani atau pekebun itu tak ada peluang mencipta masa depan mereka.Pemikiran apakah yang telah merasuk kehidupan manusia zaman ini.Seakan - akan hilang dalam dimensi kehidupan dalam planet bumi ini.

Jangan biar diri kita kebuntuan dalam mengikut
pendapat orang lain...




Kita terlalu mengikut pandangan orang ramai sampai kita tak menyedari apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita.Jangan terlalu kita ingin bermimpi sampai kita tak nak bangun lagi.Kasihan pada diri kita sebab tak mampu untuk bangkit dalam mencapai matlamat sendiri.Bangunlah kerana sekarang bukan masa untuk kita bermimpi tapi inilah masa untuk mengejar mimpi.Penting sangat ke pandangan orang sampai kita tak berpeluang dalam memberi pandangan sendiri.Kalau orang kata sesuatu itu yang terbaik maka perlukah kita terus mengikutinya untuk membuatkan diri kita terus berada dalam zon selesa.Untuk mengikut pandangan orang semata-mata.Mungkin benar kita berhadapan sesuatu cabaran setiap hari.Setiap masa dan keadaan dan ketika.Tapi itulah namanya cabaran.


Pilihan di tangan kita...


Mungkin kadang-kala kita perlu menilai dan mendengar pendapat orang lain tapi jangan sampai kita jadi robot untuk tuntutan hidup yang sentiasa berputar.Inilah kehidupan.Bersedialah untuk merasa kesedihan,kegembiraan dan kesakitan.Kadang-kala kehidupan ini pelik juga.Ada masa kita nak sesuatu yang kita yakin akan jadi milik kita tapi tanpa disedari kita terlepas sesuatu yang kita nak.Ada masa kita rasa kegembiraan itu dekat dengan kita tapi sekelip mata rasa kesedihan itu membawa kegembiraan yang dekat dengan kita.Di sinilah pemikiran, hati dan jiwa manusia berperanan.Kuatkan 3 elemen ni kerana ia sangat bermakna dalam hidup kita untuk berada dalam landasan kehidupan yang betul.Sabarlah...mungkin kehidupan tak dapat di jangka tapi biarlah masa yang menentukan.

Semua orang berhak untuk mendapat apa yang diinginkan
dalam kehidupan...
Meski hidup jauh dari masyarakat luar...




Jadi teruskan kehidupan sebab masa tak akan pernah menunggu dan berhenti untuk kita.Carilah apa yang sebenarnya yang lebih kita perlukan bukan mengikut arus dunia semata-mata.Kita berhak ada kehidupan yang kita inginkan.Berusaha dan bersabarlah kerana mungkin ia bukan sesuatu yang mudah.Terlalu banyak cabaran dan di sebalik cabaran itu, ada suatu kemanisan menanti kita.Insya-Allah.

Jangan berpurus asa kerana hidup tak selamanya
kelam.